Persekutuan Tanah Melayu 1948
5.4 - Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu
- Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu.
- Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Majlis Raja-Raja dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu dan dianggotai oleh sembilan orang Raja Melayu.
- Pesuruhjaya Tinggi memastikan Raja-raja Melayu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu
- Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Membuka Ruang Kewarganegaraan
- Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara.
- Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal dan diberikan kedudukan istimewa.
Mewujudkan Kerjasama Kaum
- Kerjasama kaum penting untuk memupuk perpaduan.
- Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC).
- Kebanyakan cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
- CLC berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
- Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice