Persekutuan Tanah Melayu 1948
5.3 - Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pentadbiran
- Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat.
- Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
- Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif.
- Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan serta hal lain yang mempunyai kepentingan bersama.
- Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
- Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi.
- Ahli tidak rasmi pada peringkat awal dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.
Kuasa Raja-raja Melayu
- Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan dalam perkara tertentu.
- Pada peringkat negeri, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
Perundangan
- Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.
- Bidang kuasanya mencakupi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.
- Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja.
Kewarganegaraan
Secara Kuat Kuasa Undang-undang
- Jus soli terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British.
- Pemohon yang lahir di luar negeri mesti mempunyai bapa yang merupakan rakyat Raja atau rakyat British.
- Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi warganegara.
- Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi, memahami adat resam serta bertutur bahasa setempat boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan.
- Rakyat Raja: orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan.
- Rakyat British: mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain.
Secara Pendaftaran
- Pemohon lahir dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonan.
- Pemohon mesti mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah.
- Pemohon mesti menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
- Pemohon mesti bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice