WeAcademia

Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.1 - Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan.
  • Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran yang terdiri daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

  • Ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
  • Matlamat: membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Anggota: wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan pegawai kanan British.

Keanggotaan Jawatankuasa Kerja

  • Wakil Raja-raja Melayu: Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur, Dato’ Hamzah Abdullah, Haji Mohamad Sheriff Osman dan Dato’ Nik Ahmad Kamil Mahmud.
  • Wakil UMNO: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin dan Haji Megat Yunus.
  • Wakil kerajaan British: A.T. Newboult, K.K. O’Connor, W.D. Godsall, Dr. W. Linehan, A. Williams dan D.C. Watherston.
  • Pegawai pemerhati dan penasihat undang-undang: Theodore Adams, Roland Braddell dan Ralph Hone.

Cadangan Jawatankuasa Kerja

  • Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan dua buah Negeri-negeri Selat.
  • Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
  • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
  • Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
  • Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.

Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

  • Membidas tindakan British menjalankan rundingan secara tertutup dengan UMNO.
  • Membantah tindakan British mengetepikan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) daripada Jawatankuasa Kerja.
  • Bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

Anggota PUTERA

  • PKMM: dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi.
  • Angkatan Pemuda Insaf (API): dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
  • Gerakan Angkatan Muda (GERAM): dipimpin oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail.
  • Barisan Tani Malaya (BATAS): dipimpin oleh Musa Ahmad.
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS): dipimpin oleh Shamsiah Fakeh.
  • Hizbul Muslimin: dipimpin oleh Abu Bakar al-Baqir.

Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

  • Matlamat perjuangan: membebaskan tanah air daripada penjajahan, menyatukan seluruh Tanah Melayu dan tidak berkompromi dengan penjajah untuk mencapai kemerdekaan.
  • Melaungkan perjuangan kemerdekaan sejak penghujung tahun 1930-an.
  • Memperjuangkan hak semua kaum serta kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar.
  • Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar Suara Rakyat sebagai wadah membuka minda rakyat ke arah idea kemerdekaan.
  • Memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan berdasarkan prinsip dan falsafah perjuangan mereka.
  • Fahaman kebangsaan mudah diterima; PKMM menubuhkan cawangan di seluruh negeri Perak, Hulu Langat dan Temerloh serta mempunyai lebih 53 ribu orang ahli pada Julai 1947.
  • British menggunakan istilah radikal kerana keberanian mereka menentang British secara terbuka dan membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan.

Gabungan PUTERA-AMCJA

  • Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.
  • AMCJA terdiri daripada Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU), Malayan Democratic Union (MDU) dan Malayan Indian Congress (MIC).
  • AMCJA menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO dan penubuhan Jawatankuasa Kerja tidak demokratik.
  • PUTERA dan AMCJA bergabung kerana Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu.
  • Gabungan ini menganggap Perlembagaan Persekutuan tidak demokratik, mengukuhkan British dan bersifat perkauman.
  • PUTERA-AMCJA menolak cadangan perlembagaan yang diumumkan kepada awam pada Julai 1947.

Cadangan PUTERA-AMCJA

  • PUTERA mengemukakan cadangan tentang kedudukan bahasa Melayu, pertahanan dan hal ehwal luar negeri, syarat kewarganegaraan Tanah Melayu, bendera dan lagu kebangsaan serta adat istiadat dan agama Islam.
  • AMCJA mencadangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, sebuah kerajaan pusat yang kuat, Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu serta syarat kewarganegaraan.
  • Gabungan cadangan PUTERA-AMCJA membentuk Perlembagaan Rakyat.

Perlembagaan Rakyat

  1. Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
  2. Sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih ditubuhkan bagi seluruh Tanah Melayu.
  3. Kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi.
  4. Raja-raja Melayu menjadi Raja Berperlembagaan dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.
  5. Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.
  6. Perhatian khas diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
  7. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu.
  8. Hal ehwal luar negeri dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
  9. Kewarganegaraan Malaya dinamakan Melayu.
  10. Warna merah dan putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.

Hartal Se-Malaya

  • Pada 20 September 1947, PUTERA-AMCJA meminta para peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan melalui penganjuran hartal.
  • 20 Oktober 1947 dipilih sebagai Hari Hartal Se-Malaya.
  • Hartal dilaksanakan di bandar utama dengan sokongan Dewan Perniagaan Cina.
  • Hartal ialah tindakan menutup kedai dan menghentikan kegiatan ekonomi sebagai protes tanpa keganasan.
  • British menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Jawatankuasa Kerja.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!