WeAcademia

Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.2 - Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Faktor penubuhan: penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO serta sokongan pentadbir British.

Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union

  • Orang Melayu, Raja-raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO berganding bahu membantah Malayan Union.
  • Malayan Union memberikan kesan buruk kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
  • Ahli Parlimen British, L.D. Gammans dan David Rees Williams menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
  • Hasil tinjauan mereka dilaporkan kepada Dewan Parlimen British setelah kembali ke England.
  • Gammans menyatakan bahawa pelaksanaan Malayan Union akan menyebabkan keadaan huru-hara di Tanah Melayu.
  • Pelbagai penerangan dan bantahan membawa kepada persediaan menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu melalui rundingan Raja-raja Melayu, UMNO dengan British.

Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO

  • Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent mengadakan pertemuan dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946 untuk mengatasi konflik berkaitan Malayan Union.
  • Raja-raja Melayu mencadangkan:
    • penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan;
    • perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union;
    • jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor;
    • Raja berkuasa dalam perundangan;
    • perkataan Negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan yang baharu.
  • Sultan Perak sebagai jurucakap Raja-raja Melayu mendesak Sir Edward Gent menerima usul pembentukan persekutuan sebelum perkara lain dibincangkan.
  • Gammans dan Rees Williams menyampaikan surat bantahan daripada Sultan Perak di Parlimen British.

Sokongan Pentadbir British

  • Sir Edward Gent bertemu dengan wakil UMNO di Pulau Pinang.
  • Di King’s House, Kuala Lumpur, British memberikan peluang kepada Dato’ Onn Jaafar dan Raja-raja Melayu untuk mengemukakan cadangan balas.
  • Sir Ralph Hone mencadangkan agar British melibatkan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan dan memberikan kuasa tertentu kepada sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan.
  • Pegawai tinggi yang mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu ialah Sir Edward Gent, Malcolm MacDonald, Sir Ralph Hone, L.D. Gammans, A.T. Newboult, Roland Braddell, W. Linehan dan Theodore Adams.
  • Pentadbir British menyokong konsep persekutuan kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi.
  • Bantahan terhadap Malayan Union mendapat perhatian dan simpati pentadbir British serta menyedarkan mereka bahawa Malayan Union ditolak oleh penduduk tempatan daripada segenap lapisan.
  • Pembentukan persekutuan dapat mewujudkan politik yang stabil dan mendorong pelabur luar untuk melabur.
  • British perlu melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Piagam Atlantik.
  • Piagam Atlantik diisytiharkan pada Ogos 1941, dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat sebagai pelan tindakan dunia selepas Perang Dunia Kedua yang tidak lagi menggalakkan peluasan wilayah.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!