WeAcademia

Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.2 - Latar Belakang Perang Dunia

  • Perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.
  • Persaingan tersebut mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914–1918) dan Perang Dunia Kedua (1939–1945).

Perang Dunia Pertama (1914–1918)

  • Berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah.

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Pertama

Persaingan Kuasa Imperialis

  • Revolusi Industri mencetuskan persaingan kuasa imperialis di Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan.
  • Tanah jajahan membekalkan bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta menjadi pasaran hasil industri.
  • Persaingan membawa permusuhan antara kuasa imperialis seperti Perancis dan Jerman.

Pakatan Ketenteraan

  • Permusuhan kuasa Eropah membawa pembentukan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
  • Pakatan ketenteraan menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah.
  • Negara anggota bersaing menghasilkan senjata moden dan bersedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
  • Kuasa Tengah: Jerman dan Austria-Hungary; kemudian disertai Bulgaria dan empayar Uthmaniyah.
  • Pakatan Bertiga: Britain, Perancis dan Rusia; disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece.

Krisis Rantau Balkan

  • Berpunca daripada permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
  • Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya membebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary.
  • Kemuncaknya ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary, dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.

Peristiwa Perang Dunia Pertama

  • 28 Julai 1914: Austria-Hungary dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
  • 30 Julai 1914: Rusia memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan Serbia.
  • 1 Ogos 1914: Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia.
  • 3 Ogos 1914: Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang menyebelahi Rusia; Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang Perancis.
  • 4 Ogos 1914: Britain menyertai Rusia dan Perancis memerangi Jerman yang menceroboh Belgium.
  • Oktober 1914: Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dengan memihak kepada Kuasa Tengah.
  • Mac 1915: Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga.
  • April 1917: Amerika Syarikat menyertai peperangan dengan memihak kepada Pakatan Bertiga.

Berakhir Perang Dunia Pertama

  • Penglibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga pada tahun 1918.
  • Jerman terpaksa menandatangani gencatan senjata.
  • Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.

Persidangan Damai Paris

  • 18 Januari 1919: Persidangan diadakan untuk:
    • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang.
    • Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan Eropah.
  • Persidangan melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson berasaskan dua prinsip:
    • Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri.
    • Sempadan negara berasaskan bangsa.

Perjanjian Versailles

  • 28 Jun 1919: Perjanjian ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman.
  • Jerman dikehendaki:
    • Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
    • Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
    • Mengehadkan saiz angkatan tentera.
    • Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga.
  • Perjanjian menetapkan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.

Kesan Perang Dunia Pertama

Keruntuhan Pemerintahan Beraja

  • Jerman: Kaiser Wilhelm II turun takhta, mendapatkan perlindungan politik di Belanda dan Republik Jerman didirikan.
  • Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir akibat pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
  • Rusia: Revolusi menumbangkan Tsar Nicholas II; kerajaan komunis pertama didirikan di bawah Vladimir Lenin.
  • Empayar Uthmaniyah: Sultan Mehmed VI digulingkan; Turki menjadi republik di bawah Mustafa Kemal Ataturk.

Kemunculan Negara Baharu

  • Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia.
  • Perpecahan empayar Rusia melahirkan Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
  • Perpecahan empayar Uthmaniyah melahirkan Lebanon, Syria dan Iraq.

Kesan terhadap Negara Kita

  • Raja-raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharan perang yang menyokong dan memberikan taat setia kepada British.
  • British meluluskan undang-undang berkaitan perang, termasuk kuasa Pesuruhjaya Tinggi British meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika perlu.
    • To Vest in the High Commissioner Exceptional Power in Time of Public Emergency Enactment 1914.
    • The Trading With Enemy Enactment 1914.
    • The Naval and Military News (Emergency) Enactment 1914.
  • British memanipulasi ekonomi Tanah Melayu; wang hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia Pertama.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!