Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
3.1 - Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
Kesedaran Awal Nasionalisme
- Nasionalisme tercetus daripada gerakan orang Melayu menentang campur tangan British.
- Gerakan awal secara terbuka menerima reaksi dan tindak balas keras daripada British.
Usaha British Membendung Pengaruh Islam dari Timur Tengah
- Sejak awal abad ke-20, British berusaha membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah.
- British dengan persetujuan Raja-raja Melayu memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904.
- Sesiapa yang mencetak atau mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan boleh dikenakan hukuman penjara.
- British memperkenalkan dua badan penyiasat untuk mengawal gerakan Islah Islamiah:
- Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department).
- Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau).
Penentangan Tok Janggut
- Kebangkitan Islam pada peringkat antarabangsa menyebabkan British berwaspada terhadap gerakan Pan-Islamisme.
- Penentangan Tok Janggut:
- Hasil kesedaran politik antarabangsa yang menggerakkan penentangan bercorak tempatan.
- Melibatkan penduduk Pasir Puteh, Kelantan.
- Bertujuan mempertahankan agama Islam dan hak penduduk tempatan.
- Berlaku ketika pergolakan politik di Eropah.
- Penentangan ini merupakan rentetan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara Islam.
- Penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama mempengaruhi kebangkitan Tok Janggut.
- Penentangan yang memperjuangkan agama kemudiannya dikaitkan dengan isu cukai dan sikap membenci British.
Sokongan Orang Melayu terhadap Empayar Uthmaniyah
- 11 November 1914: Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru orang Islam yang ditindas penjajah Barat supaya bangkit bersama-sama empayar Uthmaniyah.
- Fatwa tersebut mendapat perhatian penduduk Tanah Melayu, terutama Kaum Muda melalui akhbar.
- British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu kepada empayar Uthmaniyah.
- Pemimpin negeri Melayu menyokong khalifah empayar Uthmaniyah yang dianggap:
- Pelindung umat Islam.
- Penaung tanah suci Mekah dan Madinah.
Akhbar dan Majalah
- Kegagalan penentangan bersenjata Tok Janggut mendorong masyarakat menyusun strategi lain menentang British.
- Akhbar dan majalah menjadi wahana penting untuk meniupkan kesedaran kebangsaan.
- Kesedaran politik tidak dapat disuarakan secara terang-terangan kerana undang-undang British menghalang orang Melayu menyatakan sikap politik melalui bahan bertulis.
- Undang-undang British berkaitan penerbitan:
- Publishing and Book Enactment 1915.
- The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919.
- Kawalan terhadap kebebasan bersuara, penerbitan, berpersatuan dan kegiatan yang mengancam kedudukan British menyebabkan kesedaran kebangsaan tidak meluas dalam akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
- Akhbar Utusan Melayu memuatkan penulisan tentang kesedaran kebangsaan.
- “Cerita Tekukur” disiarkan pada tahun 1920 dalam Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Lidah Teruna dan Pengasoh sebagai pernyataan politik kemerdekaan secara berselindung.
- “Tekukur nombor 1874” dan “Tekukur nombor 1909” merujuk tarikh penting negeri Melayu dikuasai British.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice3.1 - Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia3.2 - Latar Belakang Perang Dunia3.3 - Perang Dunia Kedua3.4 - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik3.5 - Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita3.6 - Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita3.7 - Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun3.8 - Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun3.9 - Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun