WeAcademia

Kebangkitan Nasionalisme

2.1 - Maksud Nasionalisme

Maksud Nasionalisme

  • Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
  • Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
  • Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.
  • Idea nasionalisme berbeza mengikut negara dan zaman kerana berkait rapat dengan pengalaman sejarah serta pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.

Pendapat Tokoh

Hans Kohn

  • Nasionalisme ialah gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

Profesor William R. Roff

  • Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua.
  • Didorong oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu, faktor ekonomi serta kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat di Tanah Melayu.

Dato’ Onn Jaafar

  • Menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat, mampu berdiri di atas tapak kaki sendiri serta mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa lain yang tegap dan bersatu.

Dr. Burhanuddin al-Helmi

  • Perjuangan menentang penjajahan memerlukan persatuan dan perpaduan yang kuat melalui National Front.
  • Segala tenaga penentang penjajahan perlu digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan berpegang pada tatatertib, adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam.
  • Matlamatnya adalah menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa yang telah ditenggelamkan.

Dr. R. Suntharalingam

  • Nasionalisme ialah fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
  • Nasionalisme menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa.

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

  • Nasionalisme Melayu bukan gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kesetiaan kepada raja ialah ciri nasionalisme Melayu ketika itu; orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke-”Tanah Melayuan”.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

  • Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme merujuk perjuangan orang Melayu untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

Rumusan

  • Tafsiran nasionalisme bergantung pada sejarah, corak perjuangan dan karisma pemimpin.
  • Nasionalisme berkait dengan cinta akan negara, keinginan membina negara bangsa dan identiti sendiri.
  • Nasionalisme melahirkan perasaan kekitaan melalui persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah untuk membebaskan bangsa serta negara daripada penjajahan.
  • Matlamatnya ialah membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!