Pemasyhuran Kemerdekaan
10.4 - Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Kesan Politik
Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan
- Negara mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan.
- Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Utama Negara dengan bidang kuasa tertentu.
- Sistem perundangan dan pentadbiran tempatan menjadi lebih berkesan selepas kemerdekaan.
Demokrasi Berparlimen
- Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya.
- Pilihan raya memberikan hak bersuara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan serta kesejahteraan negara.
- Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan.
- Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat negeri.
Pentadbiran Negara
- Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
- Beliau mengekalkan ahli kabinet dan melantik Dato’ Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.
- Persekutuan Tanah Melayu mempunyai Menteri Luar buat kali pertama sebagai tanda kebebasan menjalankan dasar luar; jawatan ini disandang oleh Tunku Abdul Rahman.
Cabaran Kerajaan Persekutuan
- Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan dalam bidang profesional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan.
- Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Abdul Razak Hussein memberikan komitmen tinggi untuk melaksanakan penggantian secara berperingkat dengan melantik rakyat tempatan dalam pelbagai bidang.
Kesan Peringkat Antarabangsa
Dasar Luar
- Kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain pada tahun 1957 untuk mendapatkan latihan.
- Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi tokoh penting dalam menentukan dasar luar negara.
- Hubungan diplomatik dijalinkan dengan Indonesia, India, Australia, New Zealand, Mesir dan Jepun.
Menganggotai Komanwel
- Keanggotaan Komanwel merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara anggota.
- Komanwel menjadi medan untuk negara mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota.
Pertahanan Negara
- Sebelum merdeka, pertahanan negara dilindungi melalui kerjasama Britain, Australia dan New Zealand.
- Selepas merdeka, hubungan baik dengan Britain dan negara Komanwel dikekalkan.
- Negara yang belum mempunyai kekuatan pertahanan memerlukan bantuan Britain melalui perjanjian Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957.
Penyertaan dalam Blok Sterling
- Pound Sterling digunakan dalam urusan perdagangan antarabangsa.
- Pendapatan tinggi daripada getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling.
- Kedudukan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth Preferential Tariff System) memperkukuh ekonomi negara anggota.
Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota PBB yang ke-82 pada 17 September 1957.
- Bendera negara dikibarkan secara rasmi di ibu pejabat PBB, New York pada 15 Oktober 1957.
- Negara menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia.
Misi Pengaman PBB
- Negara terlibat dalam misi pasukan pengaman PBB di Congo.
- Pemilihan ini menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB terhadap sebuah negara baharu dalam pengurusan konflik antarabangsa.
Kesan Ekonomi
Rancangan Malaya Pertama (1956–1960)
- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan tumpuan pada sektor luar bandar.
- Mempelbagaikan keluaran pertanian agar tidak bergantung pada getah.
- Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Ditubuhkan pada tahun 1956 untuk memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi pertanian dan penempatan semula masyarakat.
- Keluarga luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam getah atau kelapa sawit.
- Perumahan dan kemudahan asas disediakan untuk peneroka.
Institusi Kewangan Tempatan
- Bank Kebangsaan Melayu ialah bank pertama khusus untuk orang Melayu; ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria.
- Kwong Yik Bank ditubuhkan pada tahun 1913 di Kuala Lumpur.
- Bank Negara mula beroperasi pada 26 Januari 1959 untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan menyediakan persekitaran kondusif bagi pertumbuhan ekonomi.
Pembangunan Luar Bandar
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959 untuk membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar.
- Majlis Pembangunan Luar Bandar pada peringkat negeri dan daerah merancang serta menyelaraskan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas.
Rancangan Buku Merah
- Dilancarkan pada 25 Januari 1961.
- Mengandungi projek berkaitan kemudahan asas.
- Rekod dalam Buku Merah di Bilik Gerakan Kemajuan Negara membolehkan pemantauan dan maklum balas pada peringkat daerah, negeri dan pusat.
Kesan Sosial
Pendidikan
- Penyata Rahman Talib dikeluarkan untuk mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 bagi membina bangsa yang bersatu.
- Bahasa Melayu diberi penekanan sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Fasal 1 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru, Johor pada 22 Jun 1956 sebagai jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.
Jabatan Penerangan
- Menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara.
- Menjadi lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan falsafah, dasar dan wawasan negara kepada rakyat.
Kesihatan
- Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
- Kementerian Kesihatan memulihkan isu sosial dan membangunkan masyarakat demi kesejahteraan rakyat.
Kemudahan Asas
- Bekalan elektrik dan air bersih diutamakan.
- Kemudahan ini meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice