Pemasyhuran Kemerdekaan
10.3 - Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
Detik 12:00 Tengah Malam (30 Ogos 1957)
Peristiwa Bersejarah di Padang Kelab Selangor
- Jalan sekitar bandar Kuala Lumpur sesak dengan kereta, bas, beca, basikal dan pejalan kaki menuju ke Padang Kelab Selangor.
- Suasana diterangi lampu hiasan dan kedai dibuka sehingga larut malam.
- 10:00 malam: Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura yang berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk.
- 10:30 malam: Sebanyak 300 orang pemuda yang diketuai oleh Ismail Bontak membentuk perbarisan kehormat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam).
- 11:58 malam: Semua lampu di padang dan kawasan sekeliling dipadamkan sehingga gelap gelita.
- 12:00 tengah malam:
- Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi dan orang ramai melaungkan “Merdeka”.
- Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas menghadap ketiga-tiga tiang bendera.
- Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan iringan lagu God Save The Queen sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu; penurunannya disambut dengan tepukan dan laungan “Merdeka”.
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum.
- Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera dinaikkan.
- Sorakan “Merdeka” dilaungkan sebanyak tujuh kali.
- 12:10 tengah malam:
- Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri.
- Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman membawa dulang berisi rantai emas dengan sebutir Pingat Emas.
- Pingat itu berukir peta Semenanjung Tanah Melayu dan gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta; di tepi bulatan peta tertulis “Bapa Kemerdekaan Tanah Air”.
- Sardon Jubir mengalungkan rantai emas itu pada leher Tunku Abdul Rahman.
- Laungan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” dilaungkan sebanyak tiga kali.
- 12:25 tengah malam: Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat.
- 12:55 tengah malam: Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
Hari Pemasyhuran Kemerdekaan (31 Ogos 1957)
Peristiwa Bersejarah di Stadium Merdeka
- Orang ramai dan perarakan barisan pasukan tentera yang dianggarkan berjumlah 20 ribu orang membanjiri stadium seawal pukul 6:00 pagi.
- Hujan pada awal pagi tidak menghalang orang ramai menantikan upacara.
- Raja-raja Melayu, Duke of Gloucester sebagai wakil Queen Elizabeth II dan beberapa pegawai tinggi British berada di atas pentas serta dipayungi oleh biduanda.
- 8:15 pagi:
- Tunku Abdul Rahman tiba, disusuli Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke dan Duchess of Gloucester.
- Bunyi nafiri kedengaran setiap kali pembesar negara tiba.
- Duke of Gloucester memberikan ucapan dan menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman; nafiri kemudian dimainkan.
- Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.
- Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali dan disahut oleh hadirin pelbagai bangsa.
- Ustaz Hassan Azhari melaungkan azan sebagai tanda kesyukuran terhadap kemerdekaan negara.
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku.
- Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.
- 11:00 pagi: Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri, Istana Negara, disusuli pelantikan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.
- 1:30 tengah hari: Majlis jamuan di Residensi diadakan untuk mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
- 5:25 petang: Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England selepas menerima penghormatan permaidani merah dan barisan kehormat Batalion Keempat Askar Melayu.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice