WeAcademia

Pemasyhuran Kemerdekaan

10.1 - Pengertian Kemerdekaan

Takrif Kemerdekaan

  • Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah.
  • Kamus Dewan: Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan.
  • Negara merdeka: Negara berdaulat yang mempunyai kuasa tertinggi.
  • Kemerdekaan: Bebas daripada cengkaman kuasa asing serta bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.

Pandangan Tokoh Terhadap Kemerdekaan

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

  • Tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir.
  • Perjuangan menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah).
  • Rakyat perlu bersatu padu membebaskan diri daripada pencerobohan luar demi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara.

Rashid Rida

  • Tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir.
  • Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara membolehkan rakyat membebaskan diri daripada penjajah Barat.
  • Kemerdekaan dicapai dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman.

Mahatma Gandhi

  • Tokoh pejuang kemerdekaan India yang memperjuangkan pembebasan rakyat India daripada kemiskinan dan penindasan kasta.
  • Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral.
  • Setiap negara berhak menguruskan negaranya sendiri walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni.

Nelson Mandela

  • Tokoh pejuang kemanusiaan yang membebaskan rakyat Afrika daripada penindasan dasar apartheid di Afrika Selatan.
  • Kebebasan bukan hanya pertempuran melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas.
  • Kebebasan dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.
  • Rakyat perlu bersatu dalam satu negara menuju masa depan.

Soekarno

  • Presiden Indonesia.
  • Kemerdekaan bermaksud bebas selama-lamanya.
  • Kemerdekaan merangkumi kebebasan untuk berfikir dan bertindak daripada politik penindasan serta rejim autokratik.
  • Kemerdekaan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta.

Tunku Abdul Rahman

  • Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
  • Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat.
  • Rakyat perlu mencurahkan khidmat bakti bagi negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran untuk mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan.

Tun Temenggong Jugah anak Barieng

  • Pemimpin Parti PESAKA.
  • Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri lebih terjamin dan menjadi lebih kuat.
  • Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban untuk mempertahankan negara serta mengatasi ancaman komunis.

Tun Fuad Stephens

  • Ketua Menteri Sabah yang pertama.
  • Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya lebih terjamin.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

  • Perdana Menteri Malaysia.
  • Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah.
  • Merdeka bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara dengan apa-apa cara sekalipun.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!