Pemasyhuran Kemerdekaan
10.2 - Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara
- Persediaan diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri melalui Jawatankuasa Persediaan Fizikal dan Jawatankuasa Sambutan.
- Tumpuan upacara ialah Padang Kelab Selangor dan Stadium Merdeka.
- Pada 8 Julai 1957, Tunku Abdul Rahman berucap melalui Radio Malaya dan menyeru rakyat meraikan Hari Kemerdekaan dengan meriah.
- Pada 3 Ogos 1957, pukul 7:33 pagi, Dato’ Abdul Razak Hussein memaklumkan atur cara sambutan kemerdekaan melalui Radio Malaya.
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Penonjolan Identiti Negara
- Menonjolkan identiti negara yang akan memperoleh kemerdekaan.
- Menyediakan prasarana fizikal:
- Membina stadium untuk meraikan kemerdekaan.
- Membina istana untuk Yang di-Pertuan Agong.
- Stadium Merdeka:
- Direka bentuk oleh S. E. Jewkes.
- Disiapkan dalam tempoh enam bulan dengan kos 2.5 juta ringgit.
- Mempunyai 22 ribu tempat duduk; 3000 daripadanya berbumbung.
- Siap dibina pada 21 Ogos 1957.
- Lagu kebangsaan:
- Tunku Abdul Rahman mencadangkan penciptaan lagu rasmi kebangsaan untuk diperdengarkan semasa upacara Perisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
- Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh Yaacob Abdul Latiff, Pengarah Jabatan Penerangan.
- Lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan, lagu negeri Perak; liriknya ditulis oleh Saiful Bahari.
- Bendera kebangsaan:
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada dijadikan bendera kebangsaan.
- Reka bentuknya dicipta oleh Mohamed Hamzah, kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
- Bendera Persekutuan mula dikibarkan secara rasmi pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor.
- Jata Negara: Penggunaannya diperkenankan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1957.
- Bunga kebangsaan:
- Kementerian Pertanian meninjau pendapat rakyat untuk menentukan bunga yang sesuai.
- Bunga raya dipilih oleh Tunku Abdul Rahman.
Jawatankuasa Sambutan
Persediaan Sambutan
- Memeriahkan sambutan pada peringkat ibu kota dan negeri.
- Menghias bangunan di sekitar bandar, jalan raya dan Padang Kelab Selangor dengan lampu.
- Menempah khas 75 ribu bendera Persekutuan Tanah Melayu dari kilang kain di Jepun dan membawanya dengan kapal laut.
- Menyediakan pakaian khas ilham Tunku Abdul Rahman untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan:
- Baju muskat dari negeri Kedah diubah suai.
- Dilengkapi seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok.
- Menganjurkan kursus khas berkaitan protokol untuk 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari.
- Mereka bertindak sebagai pegawai penerangan, pegawai pengiring tetamu dan pegawai jemputan luar negara.
- Memberikan gaji seminggu lebih awal kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice