WeAcademia

Warisan Negara Bangsa

1.4 - Peranan Pemerintah dan Rakyat

Hubungan Timbal Balik

  • Hubung kait pemerintah dengan rakyat selaras dengan konsep waadat.
  • Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar.
  • Hubungan timbal balik menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan serta mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
  • Waadat ialah perjanjian antara Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah.

Golongan Pemerintah dan Golongan Diperintah

  • Golongan pemerintah: sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama.
  • Golongan diperintah: rakyat dan hamba.
  • Rakyat terdiri daripada peniaga, petani, tukang dan nelayan.
  • Hamba terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

Peranan Sultan

  • Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
  • Mewujudkan perpaduan rakyat.
  • Bertanggungjawab terhadap kemakmuran dan kestabilan kerajaan.
  • Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.

Peranan Pembesar

  • Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
  • Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
  • Mengutip hasil melalui sistem serah.
  • Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.

Peranan Rakyat

  • Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
  • Mematuhi segala arahan pemerintah.
  • Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
  • Menjadi tentera.
  • Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
  • Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
  • Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah, seperti membina istana atau jalan.

Waadat dan Tulah

  • Waadat: perjanjian.
  • Tulah: kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!