WeAcademia

Warisan Negara Bangsa

1.2 - Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat tersusun dan corak politik tersendiri. Enam ciri negara bangsanya ialah kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran.

1. Kerajaan

  • Muncul disebabkan adanya raja sebagai pemerintah tertinggi yang dibantu oleh pembesar.
  • Pemerintahan beraja diperkukuh oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan, tonggak pentadbiran Melaka.
  • Sistem pentadbiran tersusun menjadikan Melaka sebuah empayar yang terkenal.
  • Selepas kedatangan Islam, pemerintah mula menggunakan gelaran sultan.

2. Rakyat

  • Menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang.
  • Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
  • Golongan diperintah merangkumi golongan merdeka dan hamba.
  • Sultan menjamin kesejahteraan rakyat; rakyat mengakui kekuasaan sultan.
  • Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah.

3. Kedaulatan

  • Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
  • Hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
  • Diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing.
  • Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
  • Kerajaan Dinasti Ming menghantar beberapa utusan, antaranya utusan yang diketuai Laksamana Cheng Ho, untuk mengeratkan hubungan China dengan Melaka.

4. Wilayah Pengaruh

  • Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
  • Merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
  • Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
  • Keluasan wilayah membuktikan kewibawaan pemerintah.

Cara Perolehan Wilayah

  • Wilayah taklukan: diperoleh melalui peperangan; Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar.
  • Wilayah naungan: menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan atau persahabatan; Lingga, Patani dan Kedah.
  • Perkahwinan: kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.

5. Undang-undang

  • Dua undang-undang bertulis: Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
  • Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.
  • Undang-Undang Pahang dan Undang-Undang 99 Perak dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka.

6. Lambang Kebesaran

  • Identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
  • Simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
  • Merangkumi adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.
  • Cap mohor mengesahkan arahan daripada sultan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!