WeAcademia

Mengenali Sejarah

1.3 - Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah

Masa Silam

  • Masa silam ialah rentetan peristiwa yang telah berlaku.
  • Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.
  • Kronologi ialah rentetan peristiwa yang:
    • berlaku secara teratur;
    • disusun dari awal hingga peristiwa terakhir;
    • bergerak mengikut satu garisan lurus.

Ruang Masa

Unit ruang masaTempoh
Dekad10 tahun
Abad100 tahun
Alaf1,000 tahun
  • Konsep masa turut diukur mengikut zaman:
    • Sebelum Masihi (SM);
    • Masihi (M): bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.

Ruang dalam Penulisan Sejarah

  • Ruang sejarah sangat luas dan tiada batas.
  • Sejarawan membahagikan penulisan mengikut tema tertentu untuk:
    • memudahkan penyelidikan sebelum penulisan sejarah.
  • Tema utama:
    • politik;
    • ekonomi;
    • sosial.

Contoh Pembahagian Masa Sejarah Malaysia

  • Era Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kemunculan kuasa-kuasa luar.
  • Kemerdekaan negara.

Rumusan dan Iktibar

  • Kronologi menjelaskan urutan dan hubungan masa antara peristiwa.
  • Pembahagian ruang masa dan tema menjadikan penyelidikan sejarah lebih teratur.
  • Masa perlu dihargai kerana setiap peristiwa membentuk kesinambungan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!