Mengenali Sejarah
1.2 - Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
Pandangan Sejarawan
Herodotus
- Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
- Beliau merupakan sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia, yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman.
- Karyanya, Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War), ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar-benar berlaku.
E.H. Carr
- Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.
- Karyanya yang terkenal ialah What is History?
Ibn Khaldun
- Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
- Karyanya, Muqaddimah, mengandungi enam bab yang mengupas kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di bandar.
Khoo Kay Kim
- Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.
- Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini dan menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.
- Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
Muhd Yusof Ibrahim
- Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.
- Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
- Karya beliau termasuklah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice