Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan
3.4 - Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)
Mengira dan Menentukan BMI
- Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian.
- BMI membantu menentukan sama ada seseorang mengalami masalah jisim badan.
- Unit: .
- Ukur jisim badan dalam kilogram dan ketinggian dalam meter, kuasa duakan ketinggian, kemudian bahagikan jisim badan dengan kuasa dua ketinggian.
Carta Indeks Jisim Badan
| BMI () | Kategori |
|---|---|
| Kurang daripada 18.5 | Kurang jisim badan |
| 18.5–24.9 | Jisim badan unggul |
| 25.0–29.9 | Berlebihan jisim badan |
| 30.0 atau lebih | Obes |
- Carta BMI menentukan sama ada seseorang kurang jisim badan, mempunyai jisim badan unggul, berlebihan jisim badan atau obes.
- Individu yang mempunyai BMI unggul, iaitu 18.5–24.9 kg m⁻², mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai BMI lebih rendah atau lebih tinggi.
Menginterpretasi BMI dan Membuat Keputusan tentang Tindakan Seterusnya
Risiko jisim badan berlebihan
- Serangan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Diabetes melitus (kencing manis)
- Komplikasi sendi dan tulang
Risiko kurang jisim badan
Penyakit jantung
Penurunan daya tahan badan melawan penyakit
Keletihan
Anemia
Kemurungan
Mencapai dan mengekalkan jisim badan unggul melalui pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal yang konsisten membantu mencegah masalah kesihatan ini.
Cara Menambah Jisim Badan
- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang berpandukan Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
- Makan mengikut waktu yang tetap.
- Ambil snek yang padat dengan nutrien untuk menambah kalori.
- Makan makanan berkhasiat lebih daripada biasa.
Cara Menurunkan Jisim Badan
- Tetapkan sasaran yang realistik, seperti menurunkan 0.5 kg seminggu.
- Pantau dan rekod jisim badan seminggu sekali.
- Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
- Ubah cara pemakanan, termasuk cara penyediaan makanan.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula atau lemak.
- Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal atau berenang selama sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hari seminggu.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice