WeAcademia

Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan

10.4 Produk Kesihatan

Bahan Aktif dalam Produk Kesihatan

  • Produk kesihatan boleh berbentuk pil, serbuk atau losen.
  • Setiap produk mengandungi bahan aktif yang memberikan kesan kepada pengguna.
  • Bahan aktif ialah komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.
  • Bahan aktif memberikan kesan atau tujuan yang sama walaupun digunakan dalam produk dengan jenama berbeza.
  • Dua atau lebih bahan aktif kadangkala tidak boleh digunakan bersama kerana boleh bertindak balas dan memudaratkan kesihatan.

Penggunaan Produk Kesihatan dalam Pasaran

Sebab penggunaan

  • Suplemen kadangkala diambil untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan.
  • Produk kesihatan yang baik menjamin tumbesaran normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit.
  • Contoh: Multivitamin meningkatkan proses tumbesaran kanak-kanak.
  • Gaya hidup sibuk dan pemakanan tidak seimbang menjadikan produk kesihatan satu cara untuk menjamin kesihatan.
  • Contoh: Pil vitamin menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Pemilihan selamat

  • Dapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum menggunakan produk kesihatan.
  • Sentiasa semak label sebelum membeli atau menggunakan produk.
  • Langkah ini mengelakkan kesan yang tidak diingini.
  • Rujuk portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenal pasti bahan aktif produk dan kesannya kepada kesihatan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!