Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan
10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari
Ciri-ciri Perubatan Tradisional, Moden dan Komplementari
Perubatan tradisional
- Menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi secara khusus mahupun gabungan bagi diagnosis dan merawat penyakit.
- Rawatan menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuhan dan haiwan; pembuktian keberkesanan secara pengalaman.
- Kos rawatan rendah, diwarisi dan diamalkan turun-temurun serta keberkesanannya lebih perlahan.
Perubatan moden
- Campuran seni merawat dengan ilmu sains yang berkaitan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan, termasuk perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan.
- Menggunakan ubat-ubatan sintetik; pembuktian keberkesanan secara klinikal.
- Kos rawatan mahal; menggunakan pembedahan, rawatan laser dan radioterapi; rawatan lebih berkesan dan cepat.
Perubatan komplementari
- Kepelbagaian kaedah penjagaan kesihatan daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
- Merangkumi produk semula jadi, serta senaman badan dan minda; boleh digunakan bersama rawatan moden seperti rawatan kanser.
- Tidak melibatkan pembedahan dan jahitan atau menggunakan ubat-ubatan teraputik, dadah dan bahan sintetik kimia.
- Mengambil kira pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional.
Ubat-ubatan dalam Perubatan Tradisional, Moden dan Komplementari
Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Ubat dan rawatan mesti didapatkan daripada pihak bertauliah.
Ubat tradisional
Ubat tradisional diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara kimia dan diamalkan sejak zaman dahulukala.
- Aloe vera (lidah buaya): Lendiran daripada daunnya disapu pada kulit untuk mengurangkan kesakitan akibat selaran matahari atau terkena benda panas.
- Ginseng: Memelihara kesihatan badan dalam perubatan tradisional kaum Cina.
- Halia: Melegakan bengkak dan sengal-sengal serta menghilangkan angin dalam badan.
- Pokok bunga raya: Daunnya melegakan sakit kepala dan merawat masalah keguguran rambut.
- Kuinina: Kulit pokok Cinchona sp. digunakan untuk membuat ubat penyakit malaria.
Ubat moden
Ubat moden dihasilkan di makmal untuk kegunaan ramai dan dijual secara meluas sebagai pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan.
- Analgesik melegakan kesakitan; contoh: aspirin, parasetamol dan kodeina.
- Antibiotik membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit. Dihasilkan daripada mikroorganisma seperti fungus atau bakteria, atau melalui sintesis kimia. Mesti dihabiskan mengikut dos yang diberikan untuk memastikan bakteria dihapuskan. Contoh: penisilin dan streptomisin.
- Ubat psikoteraputik merawat pesakit psikiatrik dan mesti mengikut dos doktor kerana boleh mengubah perasaan, pemikiran dan kelakuan:
- Stimulan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan; contoh: amfetamina.
- Antidepresan mengawal keadaan kemurungan; contoh: imipramin dan amitriptilin.
- Antipsikotik ialah ubat penenang; contoh: trankuiliser, barbiturat, dozapin dan haloperidol.
Perubatan komplementari
- Memastikan pesakit sihat secara holistik dari aspek fizikal, mental dan emosi; merupakan rawatan tambahan bersama perubatan moden.
- Akupunktur: Jarum steril dimasukkan perlahan ke titik akupunktur untuk merangsang sistem saraf dan melegakan kesakitan.
- Kiropraktik: Ahli kiropraktor membetulkan kedudukan tulang dengan tangan; merawat sakit belakang dan leher, sakit sendi, sakit kepala dan kecederaan sukan.
- Urutan tradisional: Tangan, jari dan penumbuk memanipulasi tisu lembut untuk melegakan keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan otot dan masalah urat saraf.
- Homeopati: Ubat diberi berdasarkan gejala atau aduan pesakit seperti demam, sakit atau batuk dan menguatkan keimunan badan terhadap penyakit berjangkit, bukan membunuh kuman penyebab penyakit.
- Terapi herba: Menggunakan tumbuhan atau bahagiannya; sumber semula jadi diyakini orang ramai tidak mendatangkan kesan sampingan atau mengandungi dadah berbahaya.
Penggunaan Perubatan Tradisional, Moden dan Komplementari
- Ketiga-tiga kaedah saling melengkapi; setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan.
- Perubatan komplementari ialah rawatan tambahan bersama perubatan moden, bukan penggantinya.
Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan daripada Sumber Semula Jadi
- Ubat adalah buatan manusia (sintetik) atau daripada sumber semula jadi.
- Ubat tradisional biasanya daripada sumber semula jadi. Kebanyakan ubat moden mempunyai struktur molekul yang sama atau hampir sama dengan bahan aktif ubat tradisional.
| Ubat buatan manusia | Ubat daripada sumber semula jadi |
|---|---|
| Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara besar-besaran; contoh: pil vitamin C | Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan; contoh: vitamin C daripada buah |
| Diambil secara berkala, biasanya untuk penyakit kronik, atau dihentikan apabila sembuh | Diambil atau digunakan secara berterusan dalam jangka masa lama supaya berkesan |
| Bukti berdasarkan ujian klinikal | Bukti melalui kepercayaan dan pengalaman orang terdahulu |
| Kesan sampingan boleh berlaku tanpa nasihat doktor atau dos yang betul | Kesan sampingan boleh berlaku tanpa nasihat doktor atau dos yang betul |
Kesan Penyalahgunaan Ubat-ubatan
Penyalahgunaan ubatan ialah penggunaan ubat dengan cara salah, seperti bukan untuk menyembuhkan penyakit atau tidak mengikut preskripsi doktor. Kesan sampingan ialah kesan yang tidak diingini daripada penggunaan ubat.
- Kesan sampingan teruk: alahan, muntah, sakit kepala, demam dan pengsan.
- Ketagihan jika diambil berlebihan, seperti ubat batuk.
- Ubat kurang berkesan; penyakit tidak sembuh.
- Kematian.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice