WeAcademia

Ikatan Kimia

5.5 - Ikatan Datif

Maksud dan Pembentukan

  • Ikatan datif, atau ikatan koordinat, ialah ikatan kovalen yang pasangan elektron kongsinya disumbangkan oleh satu atom sahaja.
  • Atom penderma menyumbangkan pasangan elektron bebas yang tidak terlibat dalam ikatan kovalen.

Ion Hidroksonium,

  1. Dalam , oksigen mempunyai oktet yang stabil dan setiap hidrogen mempunyai duplet yang stabil.
  2. Ion hidrogen, , tidak mempunyai elektron.
  3. Oksigen menyumbangkan satu pasangan elektron bebas kepada , lalu membentuk ikatan datif dan ion hidroksonium, .
  4. Dalam , oksigen mengekalkan oktet dan setiap hidrogen mempunyai duplet.
Rajah titik dan pangkah menunjukkan pasangan elektron bebas oksigen dalam air didermakan kepada ion hidrogen untuk membentuk H₃O⁺
Pembentukan ikatan datif di dalam ion hidroksonium, H₃O⁺

Ion Ammonium,

  • Apabila gas hidrogen klorida dan gas ammonia bercampur, wasap putih ammonium klorida, , terbentuk.
  • Ion ammonium terbentuk apabila nitrogen dalam menyumbangkan pasangan elektron bebasnya kepada , lalu menghasilkan ikatan datif dalam .

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!