Ikatan Kimia
5.2 - Ikatan Ion
Pembentukan Ion
- Ikatan ion melibatkan pemindahan elektron antara atom logam dengan atom bukan logam.
- Atom logam menderma elektron valens lalu membentuk ion bercas positif, iaitu kation.
- Atom bukan logam menerima elektron lalu membentuk ion bercas negatif, iaitu anion.
- Pemindahan elektron membolehkan kedua-dua ion mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Bagi natrium dan fluorin:
- Atom natrium dengan susunan elektron 2.8.1 menderma satu elektron untuk membentuk bersusunan 2.8.
- Atom fluorin dengan susunan 2.7 menerima satu elektron untuk membentuk bersusunan 2.8.
- Natrium lebih mudah menderma satu elektron daripada menerima tujuh; fluorin lebih mudah menerima satu elektron daripada menderma tujuh.
- mempunyai 11 proton dan 10 elektron, maka cas bersihnya +1. mempunyai 9 proton dan 10 elektron, maka cas bersihnya −1.
Pembentukan Ikatan Ion
Ion yang berlawanan cas saling menarik melalui daya tarikan elektrostatik yang kuat.
Daya tarikan elektrostatik ini ialah ikatan ion.
Dalam natrium fluorida, dan saling menarik untuk membentuk sebatian ion .
Sebatian ion neutral secara keseluruhan: jumlah cas positif sama dengan jumlah cas negatif.
- Contoh sebatian ion lain ialah magnesium oksida, ; natrium klorida, ; dan natrium oksida, .
- Natrium fluorida ditambah ke dalam ubat gigi untuk menguatkan gigi.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice