WeAcademia

Ikatan Kimia

5.4 - Ikatan Hidrogen

Pembentukan Ikatan Hidrogen

  • Ikatan hidrogen ialah daya tarikan antara:
    • atom hidrogen yang berikatan kovalen dengan atom nitrogen, oksigen atau fluorin yang mempunyai keelektronegatifan tinggi; dengan
    • atom nitrogen, oksigen atau fluorin dalam molekul lain.
  • Aisberg terapung kerana ais kurang tumpat daripada air.
  • Dalam satu molekul air, hidrogen dan oksigen diikat oleh ikatan kovalen. Ikatan hidrogen terbentuk antara atom hidrogen dalam satu molekul air dengan atom oksigen dalam molekul air yang lain.
  • Hidrogen fluorida, , dan ammonia, , juga dapat membentuk ikatan hidrogen antara molekulnya.
Dua molekul air dengan ikatan hidrogen bergaris putus-putus antara oksigen dan hidrogen serta ikatan kovalen bergaris penuh dalam setiap molekul
Pembentukan ikatan hidrogen antara molekul air, H₂O

Peranan dalam Kehidupan Harian

  • Molekul protein dalam rambut kering membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain.
  • Apabila rambut basah, molekul protein tidak lagi membentuk ikatan hidrogen sesama sendiri, sebaliknya membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air, manakala molekul air menghubungkan protein rambut yang berlainan. Oleh itu, rambut basah melekat sesama sendiri.
  • Selulosa mengandungi atom hidrogen yang terikat pada atom oksigen. Air pada jari yang basah membentuk ikatan hidrogen dengan selulosa lalu menyebabkan kertas melekat pada jari.

Kesan terhadap Sifat Fizik Bahan

Takat Didih

  • Cecair mendidih apabila daya tarikan antara molekulnya dapat diatasi.
  • Etanol, , mempunyai ikatan hidrogen selain daya tarikan van der Waals yang lemah antara molekul.
  • Lebih banyak haba diperlukan untuk mengatasi kedua-dua daya, maka etanol mempunyai takat didih lebih tinggi daripada molekul seperti klorin yang tidak membentuk ikatan hidrogen.

Keterlarutan di dalam Air

  • Etanol larut di dalam air kerana ikatan hidrogen terbentuk antara molekul etanol dengan molekul air.
  • Atom oksigen dalam etanol dapat membentuk ikatan hidrogen dengan atom hidrogen dalam air; atom hidrogen pada kumpulan hidroksil etanol pula dapat membentuk ikatan hidrogen dengan atom oksigen dalam air.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!