WeAcademia

Jadual Berkala Unsur

4.3 - Unsur dalam Kumpulan 18

Gas Adi dan Kestabilan Elektron

  • Kumpulan 18 terdiri daripada helium, He; neon, Ne; argon, Ar; kripton, Kr; xenon, Xe; radon, Rn; dan oganesson, Og.
  • Unsur ini dikenali sebagai gas adi atau gas nadir dan bersifat lengai.
  • Petala valensnya diisi penuh: helium mempunyai susunan duplet stabil, manakala gas adi lain mempunyai susunan oktet stabil.
  • Gas adi tidak reaktif secara kimia kerana atomnya tidak perlu menderma, menerima atau berkongsi elektron.
  • Gas adi wujud sebagai zarah monoatom.

Trend Sifat Fizik Menuruni Kumpulan 18

Apabila menuruni kumpulan:

  • jejari atom bertambah kerana bilangan petala berisi elektron bertambah;
  • takat lebur dan takat didih bertambah;
  • atom yang semakin besar mempunyai daya tarikan antara atom yang semakin kuat, maka lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya;
  • ketumpatan secara umum bertambah.
UnsurJejari atom (nm)Takat lebur / didih ()
He0.050
Ne0.070
Ar0.094
Kr0.109
Xe0.130
Rn—
UnsurKetumpatan ()
He0.00017
Ne0.00080
Ar0.00170
Kr0.00350
Xe0.00550

Kegunaan dalam Kehidupan Harian

UnsurKegunaan
HeliumBelon kaji cuaca; tangki oksigen penyelam
NeonLampu papan iklan
ArgonMentol elektrik; atmosfera lengai semasa kerja mengimpal pada suhu tinggi
KriptonLampu denyar kamera; laser untuk rawatan retina mata
XenonLampu rumah api; ubat bius
RadonRawatan kanser

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!