Jadual Berkala Unsur
4.1 - Perkembangan Jadual Berkala Unsur
Sejarah Perkembangan
| Ahli sains | Sumbangan dan batasan |
|---|---|
| Antoine Lavoisier | Mengelaskan bahan kepada gas, bukan logam, logam dan oksida logam. Pengelasan kurang tepat kerana cahaya, haba dan beberapa sebatian dianggap sebagai unsur, manakala sesetengah unsur dalam kumpulan yang sama mempunyai sifat kimia berlainan. |
| Johann W. Dobereiner | Mengumpulkan tiga unsur yang mempunyai sifat kimia serupa sebagai triad. Jisim atom unsur tengah hampir sama dengan purata jisim atom dua unsur lain; contohnya Ca–Sr–Ba dan Cl–Br–I. Sistem ini terhad kepada beberapa unsur. |
| John Newlands | Menyusun tujuh unsur dalam setiap baris mengikut pertambahan jisim atom. Sifat kimia dan fizik yang serupa berulang pada setiap unsur kelapan lalu menghasilkan Hukum Oktaf. Hukum ini hanya menepati 17 unsur pertama tetapi menunjukkan kewujudan pola berkala. |
| Lothar Meyer | Memplot graf isi padu atom melawan jisim atom. Unsur pada kedudukan setara dalam lengkung mempunyai sifat kimia serupa; logam alkali berada di puncak lengkung. Ini membuktikan ulangan sifat unsur. |
| Dmitri Mendeleev | Menyusun unsur mengikut pertambahan jisim atom dan meletakkan unsur bersifat kimia serupa dalam lajur menegak yang sama. Beliau meninggalkan ruang kosong dan meramal sifat unsur yang belum ditemui berdasarkan unsur di atas dan di bawah ruang tersebut. |
| Henry Moseley | Menghubungkan frekuensi sinar-X dengan nombor proton, menetapkan nombor proton tersendiri bagi setiap unsur dan menyusun unsur mengikut tertib nombor proton menaik. Beliau meninggalkan ruang kosong dan meramal teknetium, Tc; prometium, Pm; hafnium, Hf; dan renium, Re. |
Prinsip Asas Penyusunan Moden
- Unsur disusun mengikut tertib nombor proton menaik, daripada 1 hingga 118.
- Unsur yang mempunyai sifat kimia serupa ditempatkan dalam lajur menegak yang sama.
- Nihonium, Nh; moscovium, Mc; tennessine, Ts; dan oganesson, Og dimasukkan ke dalam Kala 7.
- Unsur baharu boleh dinamakan sempena lokasi atau nama ahli sains.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice