WeAcademia

Biologi Sel dan Organisasi Sel

2.4 - Aras Organisasi

Sekumpulan tisu berlainan bergabung untuk membentuk organ. Organ menjalankan fungsi khusus hasil gabungan bersepadu tisu yang membentuknya. Organ yang berlainan pula bekerja secara bersepadu untuk menjalankan fungsi khusus sebagai satu sistem organ. Semua sistem organ dikoordinasi dan bekerjasama sebagai satu organisma yang lengkap.

Jantung sebagai Organ

  • Jantung terdiri daripada tisu epitelium, tisu otot kardium, tisu penghubung dan tisu saraf.
  • Tisu epitelium melapisi ruang dalam jantung.
  • Tisu otot kardium mengepam darah ke seluruh badan.
  • Tisu penghubung seperti darah menghubungkan antara sistem dalam organ.
  • Tisu saraf mengawal atur ritma denyutan jantung.

Sistem Organ dalam Manusia

  • Sistem respirasi
    • Komponen: Trakea, hidung, peparu dan diafragma.
    • Fungsi utama: Menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara badan dengan persekitaran luar.
  • Sistem pencernaan
    • Komponen: Mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus kecil dan usus besar.
    • Fungsi utama: Mencernakan makanan kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah diserap.
  • Sistem peredaran darah
    • Komponen: Jantung, arteri, vena dan kapilari darah.
    • Fungsi utama: Mengangkut nutrien, gas respirasi dan bahan buangan.
  • Sistem limfa
    • Komponen: Limpa, nodus limfa dan salur limfa.
    • Fungsi utama: Mengekalkan keseimbangan bendalir badan dan mencegah jangkitan penyakit.
  • Sistem saraf
    • Komponen: Otak, saraf tunjang dan saraf periferi.
    • Fungsi utama: Mengesan dan menghantar maklumat dalam badan serta mengkoordinasi aktiviti badan.
  • Sistem integumen
    • Komponen: Kulit.
    • Fungsi utama: Melindungi badan daripada kecederaan fizikal, jangkitan dan penyahhidratan.
  • Sistem endokrin
    • Komponen: Kelenjar endokrin yang merembeskan hormon.
    • Fungsi utama: Mengkoordinasi aktiviti badan bersama-sama sistem saraf.
  • Sistem rangka
    • Komponen: Tulang, rawan, ligamen dan tendon.
    • Fungsi utama: Menyokong badan, melindungi organ dalaman dan menjadi tapak perlekatan otot.
  • Sistem otot
    • Komponen: Otot rangka, otot licin dan otot kardium.
    • Fungsi utama: Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan bahagian badan yang berlainan.
  • Sistem urinari
    • Komponen: Ginjal, ureter, uretra dan pundi kencing.
    • Fungsi utama: Menyingkirkan bahan buangan seperti urea dan asid urik daripada badan.
  • Sistem pembiakan lelaki
    • Komponen: Testis, kelenjar prostat dan zakar.
    • Fungsi utama: Menghasilkan sperma dan hormon seks lelaki.
  • Sistem pembiakan perempuan
    • Komponen: Ovari, uterus, tiub Falopio, faraj dan serviks.
    • Fungsi utama: Menghasilkan ovum dan hormon seks perempuan.

Sistem dalam Tumbuhan

Sistem Pucuk

  • Terdiri daripada batang, daun, pucuk, bunga dan buah.
  • Batang dan ranting menyokong daun pada kedudukan menegak supaya penyerapan cahaya matahari semasa fotosintesis adalah maksimum.
  • Bunga terlibat dalam proses pendebungaan.

Sistem Akar

  • Terdiri daripada semua akar dalam tumbuhan.
  • Menyerap air dan garam mineral serta memberikan sokongan kepada tumbuhan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!