WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan

2.2 - Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

Kronologi Sejarah Penggubalan Perlembagaan

  • Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula pada tahun 1877 hingga tahun 1957.
  • Pembentukan undang-undang dilakukan oleh badan yang sah dalam perundangan.
  • Di Malaysia, badan perundangan dinamakan Parlimen dan berkuasa penuh membentuk undang-undang negara.
  • Sejak merdeka, ahli Parlimen berperanan meminda perlembagaan bagi menegakkan kedaulatan negara.

Tahun 1877 (Majlis Negeri Perak)

  • Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf.
  • Mesyuarat ini menjadi titik tolak pembentukan undang-undang negara.
  • Majlis Negeri Perak menggubal undang-undang bagi negeri Perak.
  • Semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain kemudiannya memainkan peranan yang sama.

Tahun 1946 (NNS, NNMB dan NNMTB)

  • Negeri-negeri Selat (NNS): undang-undang digubal oleh Majlis Undangan Negeri.
  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB): undang-undang digubal oleh Majlis Persekutuan.
  • Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB): undang-undang digubal oleh Majlis Negeri.

Tahun 1948 (Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948)

  • Menjadi titik penting pembentukan sebuah Persekutuan.
  • Persekutuan terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang.
  • Kandungan Persekutuan Tanah Melayu termasuk pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan.

Tahun 1957 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957)

  • Suruhanjaya perlembagaan dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster yang diambil dari Britain.
  • Asas sistem perundangan bertulis membantu Malaysia menggubal sebuah perlembagaan bertulis.
  • Perlembagaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • Perlembagaan ini menjadi asas kepada perlembagaan negara pada hari ini.

Lima Perkara Terma Rujukan Utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957

  • Kerajaan Persekutuan yang kukuh.
  • Menjamin kedudukan Raja-raja Melayu.
  • Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
  • Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Kewarganegaraan yang sama.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!