WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan

2.1 - Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

Pengenalan Perlembagaan

  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
  • Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.
  • Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat.
  • Apabila merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan sebagai unsur penting dalam sesebuah negara.

Asas Pembentukan Perlembagaan

  • Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu.
  • Beberapa prinsip undang-undang Inggeris kemudiannya disesuaikan dengan nilai tempatan.

Undang-Undang Negeri Melayu

  • Raja sebagai pemerintah; rakyat memberikan ketaatsetiaan.
  • Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
  • Kesultanan Melayu Melaka: Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis negeri Melayu yang lain.
  • Undang-undang bertulis negeri Melayu: Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang 99 Perak.
  • Sebelum kedatangan kuasa barat, undang-undang dan adat Melayu menjadi asas perlembagaan serta panduan dan kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara.
  • Undang-undang negeri Melayu berubah selaras dengan perkembangan masyarakat sehingga pengenalan undang-undang dari barat sekitar awal abad ke-19.

Undang-Undang Inggeris

Negeri-negeri Selat

  • British memperkenalkan Charter of Justice, yang diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
  • Hanya piagam terpilih yang sesuai dengan kegunaan Negeri-negeri Selat (NNS) diguna pakai.
  • NNS terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
  • Matlamat Charter of Justice: melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan.
  • Charter of Justice I (1807): mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang.
  • Charter of Justice II (1826): menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
  • Charter of Justice III (1855): mewujudkan Mahkamah Singapura dan Melaka serta Mahkamah Pulau Pinang.

Sarawak

  • The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949: menggunakan The Common Law of England.
  • Ogos 1956: Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa membuat undang-undang kepada Council Negri (Majlis Negeri).
  • Council Negri mengandungi 45 orang ahli dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha.
  • Majlis Tertinggi dipengerusikan oleh Gabenor serta dianggotai oleh Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara.
  • 1959: Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negri.

Sabah

  • Sabah Application of Laws Ordinance 1951: undang-undang yang sama seperti di Sarawak.
  • 1950: Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuhkan.
  • Majlis Undangan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.

Perlembagaan Selepas Kemerdekaan

  • Institusi pemerintahan beraja diteruskan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan disesuaikan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada perlembagaan negara serta sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen pada hari ini.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!