Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat
6.2 - Ancaman Komunis di Negara Kita
Perjuangan Bersenjata PKM
- Gerakan Komunis Antarabangsa menganjurkan Persidangan Kongres Belia Asia pada 19–25 Februari 1948 dan Persidangan Parti Komunis India pada Mac 1948 di Calcutta, India.
- PKM menghantar wakil ke persidangan tersebut.
- Pengikut komunis di negara jajahan digesa memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia.
- Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM memutuskan untuk melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
Perisytiharan Darurat
- 16 Jun 1948: Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak:
- Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil.
- John Allison, pengurus Ladang Phin Soon.
- Ian Cristian, pembantu John Allison.
- Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, mengisytiharkan darurat.
- Undang-Undang Darurat dilaksanakan di Ipoh dan Sungai Siput, Perak serta daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong, Johor.
- 17 Jun 1948: Undang-Undang Darurat diperluas ke seluruh negeri Perak dan Johor.
- 18 Jun 1948: Undang-undang tersebut dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu; usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu bermula secara rasmi.
Tindakan Komunis
Komunis mencetuskan huru-hara supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British dengan melumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur serta mengancam rakyat dan pasukan keselamatan.
Komunis Melumpuhkan Ekonomi
- Lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran utama untuk melemahkan ekonomi British.
- Tahun 1948–1956: Komunis menyerang 80 lombong bijih timah, antaranya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
- Komunis merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja.
- Kerja harian terganggu; pekerja lombong dan ladang getah menderita serta terancam nyawa.
Komunis Merosakkan Infrastruktur
- Mensabotaj kemudahan asas, terutama sistem pengangkutan dan perhubungan.
- Mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api.
- Menembak dan membakar kenderaan di jalan raya.
- Mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air.
- Menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya, memasang paip air, membina sistem pengairan dan menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
- Kehidupan harian penduduk terjejas kerana infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik.
Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat
- Mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.
- 5 Julai 1949: Komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak; 46 orang cedera parah dan empat orang mati.
- Statistik 1948–1960: 2,473 orang awam terbunuh, 1,385 tercedera dan 810 hilang; jumlah keseluruhan 4,668 orang.
Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan
- PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan balai polis untuk mencetuskan huru-hara serta menunjukkan ketidakupayaan kerajaan melindungi penduduk.
- Statistik 1948–1960:
- Polis: 513 terkorban dan 701 tercedera.
- Special Constables: 593 terkorban dan 746 tercedera.
- Auxiliary Police: 242 terkorban dan 154 tercedera.
- Tentera: 519 terkorban dan 959 tercedera.
- 13 September 1948: Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu bagi menggantikan Sir Edward Gent.
- 6 Oktober 1951: Komunis menyerang hendap dan membunuh Sir Henry Gurney di Jalan Kuala Kubu Bharu ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Serangan terhadap Pasukan Keselamatan
- 17 Jun 1948, Choh, Johor: Menyerang Balai Polis Kampung Jeram.
- 26 Jun 1948, Temerloh, Pahang: Menyerang Balai Polis Kuala Krau.
- 28 Jun 1948, Jerantut, Pahang: Membakar balai polis.
- 17 Julai 1948, Gua Musang, Kelantan: Menyerang Balai Polis Gua Musang.
- 8 Mac 1949, Kajang, Selangor: Menyerang jip tentera.
- 22 Februari 1950, Muar, Johor: Menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
- 24 Mac 1950, Ulu Semur, Kelantan: Menyerang hendap pasukan Askar Melayu.
- 28 Jun 1950, Kota Tinggi, Johor: Menyerang Balai Polis Kambau.
- 21 Februari 1952, Taiping, Perak: Menyerang kenderaan polis.
- 28 Mei 1954, Kedah: Membunuh Ketua Polis Kedah.
- 18 Oktober 1954, Pontian, Johor: Menyerang Balai Polis Chuan Seng.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice