Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat
6.1 - Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
Ideologi Komunisme
- Pengasas: Karl Marx dan Friedrich Engels.
- Karya: Communist Manifesto dan Das Kapital.
- Komunis: Orang yang menganut fahaman komunis.
- Komunisme: Fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
- Penyebaran ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an melalui China dan Indonesia.
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
- Awal tahun 1920-an: Ideologi komunis dibawa masuk melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.
- Menjelang tahun 1924: Cawangan KMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri Melayu, termasuk Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
- Main School: Bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC).
- Tahun 1927: Perpecahan berlaku antara KMT dengan PKC.
- Tahun 1928: The Communist International (Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN).
- PKN gagal mencapai matlamatnya; Comintern mengarahkan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM).
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
- Tahun 1920: Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
- Tahun 1926: Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa mendorong PKI berusaha membuka cawangan di Tanah Melayu.
- Usaha tersebut tidak mendapat sambutan orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat.
Penubuhan Parti Komunis Malaya
Penubuhan dan Gerakan Awal
- 30 April 1930: PKM ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
- PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.
- PKM menyusup ke dalam kesatuan sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis.
Zaman Pendudukan Jepun, 1941–1945
- PKM menjalinkan kerjasama dengan British untuk memerangi Jepun.
- Tahun 1942: PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga.
- PKM menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada British.
Selepas Jepun Menyerah Kalah
- Kelewatan British kembali ke Tanah Melayu mewujudkan kekosongan politik dan membuka peluang kepada PKM untuk meluaskan pengaruh.
- Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan lalu melakukan kekacauan, kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.
- 1 Disember 1945: British Military Administration (BMA) membubarkan MPAJA, tetapi PKM dibenarkan bergerak sebagai pertubuhan yang sah di Tanah Melayu.
- PKM mempengaruhi pertubuhan tertentu dan menyusup dalam kesatuan sekerja, iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).
- Disember 1947–Mei 1948: Komunis menguasai 335 kesatuan sekerja serta menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.
- British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 untuk menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice