WeAcademia

Sebatian Karbon

5.1 — Pengenalan Sebatian Karbon

Sebatian Karbon dalam Alam

  • Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon, C.
  • Sebatian karbon dibahagikan kepada dua kumpulan:
KumpulanAsal dan contoh
Sebatian karbon organikBerasal daripada benda hidup; contoh: petroleum, sutera dan arang kayu
Sebatian karbon bukan organikBerasal daripada benda bukan hidup; contoh: batu kapur dan karbon dioksida

Kitar Karbon

  • Kitar karbon menunjukkan bagaimana unsur karbon dikitar melalui pembentukan atau penguraian sebatian karbon dalam hidupan dan bahan organik di kawasan persekitaran.
  • Proses utama: respirasi, pembakaran, penguraian dan fotosintesis.

Pergerakan karbon

  1. Karbon dioksida dalam atmosfera diserap oleh tumbuhan hijau semasa fotosintesis.
  2. Sebatian karbon dipindahkan daripada tumbuhan hijau kepada organisma apabila tumbuhan dimakan.
  3. Respirasi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
  4. Organisma mati mengalami penguraian; pengurai seperti bakteria dan fungi membebaskan karbon dioksida.
  5. Sebahagian organisma mati membentuk bahan api fosil—petroleum, gas asli dan arang batu.
  6. Pembakaran bahan api fosil membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
  7. Fenomena semula jadi seperti letusan gunung berapi dan pembakaran hutan turut membebaskan karbon dioksida.

Peranan dan kepentingan fotosintesis

  • Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.
  • Membekalkan makanan kepada haiwan.
  • Menambah kandungan oksigen dalam udara.
  • Menyingkirkan karbon dioksida berlebihan daripada udara dan mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara.

Petunjuk rajah kitar karbon

  • Atmosfera → tumbuhan hijau: fotosintesis.
  • Tumbuhan hijau → organisma: dimakan.
  • Tumbuhan hijau / organisma → atmosfera: respirasi.
  • Organisma mati → atmosfera: pereputan atau penguraian.
  • Organisma mati → bahan api fosil: pembentukan petroleum, gas asli dan arang batu.
  • Bahan api fosil → atmosfera: pembakaran.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!