Unsur dan Bahan
8.1 - Asas Jirim
Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion
- Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.
- Tiga jenis zarah yang membina jirim ialah atom, molekul dan ion.
| Zarah | Definisi |
|---|---|
| Atom | Zarah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur; unit paling asas dalam unsur. |
| Molekul | Gabungan dua atau lebih atom secara kimia. Atom-atom itu boleh sama jenis atau berbeza jenis. |
| Ion | Zarah bercas positif atau negatif yang terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. |
- Atom terdiri daripada zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron.
- Bahan dikelaskan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya.
| Jenis bahan | Zarah dan contoh |
|---|---|
| Bahan atom | Mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada atom. Contoh: emas dan helium. |
| Bahan molekul | Mengandungi zarah molekul. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam bentuk molekul. Contoh: oksigen dan air. |
| Bahan ion | Mengandungi ion positif dan ion negatif yang terbentuk melalui tindak balas antara unsur logam dengan unsur bukan logam. Contoh: natrium klorida, yang mengandungi ion natrium dan ion klorida. |
Susunan zarah dalam bahan atom
- Logam: atom disusun secara rapat dan teratur.
- Gas nadir: atom berjauhan dan tidak teratur.
Pembentukan bahan molekul dan bahan ion
- Tindak balas antara unsur bukan logam membentuk sebatian yang wujud dalam bentuk bahan molekul.
- Tindak balas antara unsur logam dengan unsur bukan logam membentuk bahan ion.
Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk
- Unsur boleh wujud dalam bentuk atom, molekul atau ion.
- Unsur yang sama boleh wujud dalam bentuk yang berbeza mengikut bahan yang mengandunginya.
| Unsur | Bentuk |
|---|---|
| Ferum | Wujud dalam bentuk atom pada kepala tukul; wujud dalam bentuk ion dalam sebatian karat. |
| Hidrogen | Wujud dalam bentuk ion di dalam jus limau; wujud dalam bentuk molekul di dalam udara. |
Contoh pengelasan
- Atom: kepingan besi, wayar kuprum, gas helium.
- Molekul: ketulan ais, ketulan gula, gas oksigen.
- Ion: garam biasa, batu marmar, air kapur.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice