WeAcademia

Tenaga Nuklear

12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia

Kewajaran Pembinaan Stesen Jana Kuasa Nuklear di Malaysia

  • 70% daripada tenaga yang digunakan di Malaysia dijana oleh gas asli.
  • Petroleum, gas asli dan arang batu ialah bahan api fosil yang tidak boleh baharu.
Pertimbangan menyokongPertimbangan membangkang
Stesen jana kuasa nuklear dapat menampung permintaan tenaga elektrik pengguna yang semakin meningkat.Reaktor nuklear menghasilkan sisa radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar jika tidak dikendalikan dengan cermat.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan

  • Bekalan dan kos masa hadapan: Arang batu, gas asli dan petroleum akan habis dan kosnya akan meningkat.
  • Pencemaran: Kesan pencemaran akibat tenaga nuklear lebih rendah berbanding dengan bahan api fosil.
  • Lokasi strategik: Stesen jana kuasa nuklear mesti dibina berhampiran sumber air untuk memudahkan proses penyejukan.
  • Kadar penghasilan tenaga: Kadar tenaga yang dihasilkan oleh kuasa nuklear jauh lebih besar daripada bahan api fosil.

Agensi Nuklear Malaysia

  • Dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).
  • Terletak di Bangi, Selangor.
  • Menyelaraskan aktiviti sains, teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan.
  • Aktiviti utamanya ialah penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk pembangunan negara melalui kerjasama antarabangsa.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!