WeAcademia

Tenaga Nuklear

12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear

Impak Penggunaan Senjata Nuklear

  • Tenaga nuklear perlu dikawal selia dengan baik supaya membawa manfaat kepada manusia dan alam sekitar.
  • Penyelidikan awal tentang tenaga nuklear pada tahun 1940-an dijalankan untuk menghasilkan bom atom.
  • Plutonium, hasil sampingan pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, digunakan untuk membuat bom atom.
  • Amerika Syarikat menggunakan senjata nuklear terhadap Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

  • Bom atom “Little Boy” digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945.
  • Bom atom “Fat Man” digugurkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
  • Letupan nuklear menghasilkan gelombang kejutan yang kuat dan serta-merta mengorbankan kira-kira 70 000 orang awam.
  • Pengeboman menyebabkan seluruh bandar raya menjadi amat panas sehingga struktur besi mula mencair.
  • Gelombang yang terhasil dan luruhan radioaktif mengganggu keadaan atmosfera.
  • Semua sistem perhubungan di dalam bandar terputus pada ketika itu.
  • Negara yang menghasilkan senjata nuklear terikat dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear yang mengawal dan melarang mana-mana negara menggunakan senjata nuklear dengan sewenang-wenangnya.

Impak Ujian Nuklear

  • Ujian nuklear dijalankan untuk menentukan sama ada senjata nuklear dapat berfungsi.
  • Ujian dijalankan di atmosfera terbuka, darat atau bawah laut.
  • Ujian bawah tanah menyebabkan kesan radiasi terhadap tanah dan sumber air.
  • Ujian di laut memusnahkan hidupan dan menyebabkan pencemaran.
  • Penyebaran radiasi daripada ujian nuklear menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik terhadap manusia dan hidupan di darat.
KesanContoh
Kesan somatikKeletihan, loya, katarak, leukemia, keguguran rambut
Kesan genetikKecacatan pada bayi, mutasi sel, kanser

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!