Tenaga Nuklear
12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear
Negara yang Menggunakan Tenaga Nuklear
- Tenaga nuklear membawa banyak manfaat kepada manusia jika dijana dan dikawal dengan baik.
- Lebih daripada 30 buah negara menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga.
- Contoh: Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, Slovakia dan Jepun.
Manfaat Sumber Tenaga Nuklear
- Sumber tenaga alternatif: Menjanakan tenaga elektrik untuk menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu.
- Penghasilan tenaga yang banyak dan efisien: Menghasilkan tenaga yang lebih banyak dan efisien berbanding dengan sumber tenaga lain.
- Sinaran mengion: Digunakan dalam bidang perubatan, pertanian dan perindustrian; meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
- Pembebasan gas rumah hijau yang rendah: Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit berbanding dengan sumber tenaga lain.
Kesan Buruk Sumber Tenaga Nuklear
- Sisa radioaktif boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa semua hidupan.
- Jumlah tenaga yang dihasilkan sangat besar dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada manusia jika disalahgunakan.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice