WeAcademia

Langkah Keselamatan di dalam Makmal

1.1 - Peralatan Perlindungan Diri

Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya.

Peralatan Perlindungan Diri pada Murid dan Fungsinya

  • Gogal — melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya seperti asid, bromin, ammonia dan logam reaktif.
  • Topeng muka — melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap serta debu.
  • Sarung tangan getah — melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya.
  • Baju makmal — terdiri daripada lapisan keselamatan, mudah dibuka sekiranya berlaku kecemasan dan melindungi pakaian daripada kerosakan.
  • Kasut bertutup / kasut keselamatan — melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca.

Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal

  • Penyiram kecemasan — membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera.
  • Pembilas mata — membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera.
  • Kebuk wasap — digunakan untuk eksperimen yang melibatkan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun, mengakis atau berbau.
  • Kabinet aliran laminar — mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan.
  • Peraturan keselamatan: laporkan setiap kemalangan atau kecederaan di dalam makmal kepada guru dengan segera walaupun peralatan perlindungan diri disediakan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!