WeAcademia

Penyata Kewangan Perniagaan

4.1 - Definisi Penyata Kewangan

Penyata kewangan ialah laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Laporan ini menunjukkan untung atau rugi perniagaan serta nilai aset, liabiliti dan ekuitinya.

Jenis Penyata Kewangan

PenyataMaklumat yang ditunjukkan
Penyata pendapatanAkaun perdagangan menunjukkan jualan bersih dan kos jualan. Akaun untung rugi menunjukkan hasil dan belanja.
Kunci kira-kiraMenunjukkan harta dan hutang perniagaan melalui butiran aset semasa, aset bukan semasa, liabiliti semasa, liabiliti bukan semasa dan ekuiti pemilik.
Penyata aliran tunaiMenunjukkan sumber dan penggunaan tunai bagi sesuatu tempoh, termasuk aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan pembiayaan. Maklumat ini membantu menilai keupayaan perniagaan membuat bayaran jangka pendek, seperti membayar pembekal dan gaji pekerja.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!