Jirim dan Struktur Atom
2.4 - Isotop dan Penggunaannya
Maksud Isotop
Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang sama dengan bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
Oleh itu, isotop sesuatu unsur mempunyai:
- nombor proton dan bilangan elektron yang sama;
- nombor nukleon dan jisim yang berbeza kerana bilangan neutronnya berbeza.
Contoh isotop
- Hidrogen: , dan .
- Silikon: , dan .
- Magnesium: , dan .
- Fosforus: dan .
Isotop klorin
- klorin-35, : 17 proton, 18 neutron dan 17 elektron;
- klorin-37, : 17 proton, 20 neutron dan 17 elektron.
Sesuatu isotop boleh ditulis sebagai klorin-35, Cl-35, atau .
Jisim Atom Relatif bagi Isotop
Kebanyakan unsur wujud secara semula jadi sebagai campuran dua atau lebih isotop. Kelimpahan semula jadi ialah peratusan sesuatu isotop yang wujud dalam sampel semula jadi unsur itu.
Contoh: klorin
Klorin mengandungi 75% klorin-35 dan 25% klorin-37.
Penggunaan Isotop
| Bidang dan isotop | Kegunaan |
|---|---|
| Perubatan — Kobalt-60 | Radioterapi untuk membunuh sel kanser tanpa pembedahan; mensterilkan alat perubatan |
| Perubatan — Iodin-131 | Merawat penyakit tiroid seperti hipertiroidisme dan kanser tiroid |
| Pertanian — Fosforus-32 | Mengkaji metabolisme tumbuhan |
| Nuklear — Uranium-235 | Menjana kuasa elektrik dalam penjana kuasa nuklear |
| Arkeologi — Karbon-14 | Menganggar umur artifak atau fosil |
| Arkeologi — Plumbum-210 | Menetapkan umur lapisan pasir dan tanah sehingga 80 tahun |
| Industri — Hidrogen-3 | Bertindak sebagai pengesan dalam kajian kumbahan dan bahan buangan cecair |
| Kejuruteraan — Natrium-24 | Mengesan kebocoran paip bawah tanah |
Penggunaan isotop menyokong kelestarian hidup serta membawa kesan positif dan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice