Jirim dan Struktur Atom
2.2 - Perkembangan Model Atom
Zarah Subatom
Atom mengandungi proton, neutron dan elektron.
| Zarah | Cas relatif | Jisim relatif |
|---|---|---|
| Proton, | ||
| Neutron, | ||
| Elektron, |
Sejarah Perkembangan Model Struktur Atom
- Democritus, kira-kira 500 SM: memperkenalkan teori awal tentang atom.
- John Dalton (1766–1844):
- jirim terdiri daripada zarah yang dipanggil atom;
- atom ialah jasad sfera terkecil yang tidak boleh dicipta, dimusnahkan atau dibahagi lagi;
- unsur yang sama mempunyai atom yang sama.
- J. J. Thomson (1856–1940):
- menemukan elektron yang bercas negatif;
- mencadangkan atom sebagai sfera bercas positif yang mengandungi elektron.
- Ernest Rutherford (1871–1937):
- mengenal pasti nukleus sebagai pusat atom;
- menemukan proton yang bercas positif di dalam nukleus;
- merumuskan bahawa hampir seluruh jisim atom tertumpu di dalam nukleus dan elektron bergerak di luar nukleus.
- Niels Bohr (1885–1962): mencadangkan bahawa elektron bergerak di dalam petala di sekeliling nukleus.
- James Chadwick (1891–1974):
- menemukan zarah neutral yang dipanggil neutron di dalam nukleus;
- menetapkan bahawa neutron menyumbang hampir separuh daripada jisim atom.
Urutan model yang semakin lengkap ialah Dalton → Thomson → Rutherford → Bohr → Chadwick.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice