WeAcademia

Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

3.3 - Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dalam Organisma Hidup

Pengangkutan Pasif dan Pengangkutan Aktif dalam Organisma Hidup

Pengangkutan Pasif

Anak panah menunjukkan oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari di sekelilingnya dan karbon dioksida meresap dari darah ke dalam alveolus.
Pertukaran gas di alveolus berlaku melalui resapan ringkas
  • Pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah secara resapan ringkas.
  • Penyerapan semula air melalui tubul renal di ginjal secara osmosis.
  • Penyerapan air oleh sel akar rambut tumbuhan secara osmosis.
  • Penyerapan molekul fruktosa di vilus secara resapan berbantu.

Pengangkutan Aktif

Pembesaran akar rambut menunjukkan anak panah bagi air dan garam mineral yang masuk dari ruang antara butir tanah.
Penyerapan air secara osmosis dan ion mineral secara pengangkutan aktif
  • Penyerapan glukosa dan asid amino dalam vilus.
  • Penyerapan semula glukosa melalui tubul renal di ginjal.
  • Pengangkutan sukrosa dari daun ke tisu floem.
  • Penyerapan ion mineral oleh sel akar rambut tumbuhan.

Larutan Isotonik, Hipotonik dan Hipertonik

Larutan Isotonik

  • Dua larutan yang mempunyai kepekatan bahan terlarut yang sama adalah isotonik terhadap satu sama lain.
  • Tiada pergerakan bersih air antara kedua-duanya.

Larutan Hipotonik

  • Mempunyai kepekatan bahan terlarut lebih rendah dan keupayaan air lebih tinggi daripada larutan yang dibandingkan dengannya.
  • Air meresap dari larutan hipotonik ke larutan yang satu lagi secara osmosis.

Larutan Hipertonik

  • Mempunyai kepekatan bahan terlarut lebih tinggi dan keupayaan air lebih rendah daripada larutan yang dibandingkan dengannya.
  • Air meresap dari larutan yang satu lagi ke larutan hipertonik secara osmosis.

Kesan terhadap Sel Haiwan

Dalam Larutan Hipotonik

  • Air meresap masuk ke dalam sel darah merah secara osmosis.
  • Sel mengembang dan meletus kerana membran plasma terlalu nipis untuk menahan tekanan osmosis.
  • Peletusan sel darah merah dikenali sebagai hemolisis.

Dalam Larutan Isotonik

  • Air meresap masuk dan keluar dari sel pada kadar yang sama.
  • Tiada pergerakan bersih air; sel mengekalkan bentuk normal.

Dalam Larutan Hipertonik

  • Air meresap keluar dari sel darah merah secara osmosis.
  • Sel mengecut dan mengalami krenasi.

Eksperimen: Kesan Larutan Berlainan terhadap Sel Haiwan

  • Masalah: Apakah kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel haiwan?
  • Hipotesis: Larutan hipotonik menyebabkan sel meletus; larutan hipertonik menyebabkan sel mengecut; larutan isotonik menyebabkan sel kekal normal.
  • Pemboleh ubah dimanipulasikan: kepekatan larutan persekitaran. Bergerak balas: keadaan sel darah ayam. Dimalarkan: suhu persekitaran dan jenis sel.
  • Perhatikan sel darah merah ayam segar dan sel di dalam air suling, natrium klorida 0.15 M dan natrium klorida 0.50 M menggunakan mikroskop cahaya.
  • Air suling menyebabkan hemolisis; natrium klorida 0.15 M mengekalkan bentuk normal; natrium klorida 0.50 M menyebabkan krenasi.

Kesan terhadap Sel Tumbuhan

Dalam Larutan Hipotonik

  • Air meresap masuk ke dalam vakuol secara osmosis.
  • Vakuol mengembang dan menolak sitoplasma serta membran plasma ke dinding sel; sel menjadi segah.
  • Sel tidak meletus kerana dinding sel tegar dan kuat.
  • Tekanan segah memberi sokongan dan mengekalkan bentuk sel.
  • Sel pengawal yang segah mengembang supaya stoma kekal terbuka untuk fotosintesis.

Dalam Larutan Isotonik

  • Sap sel dan larutan ekstrasel mempunyai keupayaan air yang sama.
  • Air bergerak masuk dan keluar dari sel pada kadar yang sama; sel menjadi flasid.

Dalam Larutan Hipertonik

  • Air meresap keluar dari vakuol secara osmosis.
  • Vakuol dan sitoplasma mengecut; membran plasma tertarik menjauhi dinding sel.
  • Proses ini ialah plasmolisis; daun dan batang membengkok ke bawah lalu layu.
  • Sel terplasmolisis yang dikembalikan dengan segera ke dalam larutan hipotonik memperoleh semula kesegahan melalui deplasmolisis.

Eksperimen: Kesan Larutan Berlainan terhadap Sel Tumbuhan

  • Masalah: Apakah kesan larutan yang berlainan kepekatan terhadap sel tumbuhan?
  • Hipotesis: Larutan hipotonik menyebabkan sel segah; larutan hipertonik menyebabkan plasmolisis; larutan isotonik menyebabkan sel flasid.
  • Pemboleh ubah dimanipulasikan: kepekatan larutan persekitaran. Bergerak balas: keadaan sel tumbuhan. Dimalarkan: jenis sel tumbuhan.
  • Perhatikan sel epidermis daun sisik bawang di dalam air suling, larutan sukrosa 0.50 M dan larutan sukrosa 1.0 M menggunakan mikroskop cahaya.
  • Alirkan air suling berlebihan pada sel yang telah didedahkan kepada larutan sukrosa 1.0 M untuk memerhatikan deplasmolisis.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!