WeAcademia

Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

3.1 - Struktur Membran Plasma

Keperluan Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

  • Sel hidup mengambil bahan dari persekitaran luar untuk menjalankan proses hidup.
  • Proses metabolisme menghasilkan bahan buangan yang perlu disingkirkan daripada sel.
  • Membran plasma mengawal atur pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel.

Model Mozek Bendalir

Fosfolipid membentuk dwilapisan yang mengandungi protein liang, protein pembawa dan kolesterol, dengan rantai karbohidrat pada permukaan luar.
Membran plasma
  • Molekul protein terapung dalam dwilapisan fosfolipid dan membentuk corak mozek yang sentiasa berubah-ubah.
  • Dwilapisan fosfolipid, protein dan kolesterol tidak statik; komponen ini membentuk struktur dinamik dan fleksibel yang menyumbang kepada ciri bendalir membran.
  • Model mozek bendalir yang dikemukakan oleh S. J. Singer dan G. L. Nicolson pada tahun 1972 ialah model yang diterima oleh ahli sains.

Komponen Membran Plasma

Dwilapisan Fosfolipid

  • Setiap fosfolipid mempunyai:
    • kepala berkutub yang bersifat hidrofilik, iaitu tertarik kepada air;
    • ekor tidak berkutub yang bersifat hidrofobik, iaitu tidak tertarik kepada air.
  • Kepala fosfolipid lapisan luar menghala ke arah bendalir di luar sel; kepala fosfolipid lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma.
  • Ekor fosfolipid kedua-dua lapisan menghadap satu sama lain.

Protein Membran

Rajah menunjukkan model protein pembawa dalam membran plasma
Model protein pembawa
  • Molekul protein terbenam separa atau sepenuhnya dan bertaburan luas dalam dwilapisan fosfolipid.
  • Protein liang mempunyai liang atau terusan.
  • Protein pembawa berfungsi sebagai pembawa.

Glikoprotein dan Glikolipid

  • Glikoprotein: protein yang mempunyai rantai karbohidrat.
  • Glikolipid: lipid yang mempunyai rantai karbohidrat.
  • Kedua-duanya:
    • bertindak sebagai reseptor kepada hormon seperti insulin;
    • menstabilkan membran dengan membentuk ikatan hidrogen dengan air;
    • bertindak sebagai antigen bagi membolehkan sel dikenal pasti.

Kolesterol

  • Molekul kolesterol terdapat di antara molekul fosfolipid.
  • Kolesterol menjadikan dwilapisan fosfolipid lebih kuat, lebih fleksibel dan kurang telap terhadap bahan larut air seperti ion.

Sifat Ketelapan Membran Plasma

  • Membran telap terhadap sesuatu bahan apabila bahan itu dapat bergerak merentasinya secara bebas; membran tidak telap apabila bahan itu tidak dapat merentasinya.
  • Membran plasma bersifat telap memilih: hanya membenarkan pergerakan bebas sesetengah bahan serta menghalang atau mengehadkan pergerakan bahan lain.
  • Dwilapisan fosfolipid dan protein menentukan sifat ketelapan membran terhadap bahan tertentu.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!