WeAcademia

Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan

14.3 - Mekanisme Pergerakan dan Gerak Alih

Mekanisme Pergerakan Lengan Manusia

  • Pergerakan lengan melibatkan tindakan berantagonis otot biseps dan otot triseps.

Membengkokkan Lengan

  1. Otot biseps mengecut; otot triseps mengendur.
  2. Daya tarikan dipindahkan kepada radius melalui tendon.
  3. Radius ditarik ke atas lalu membengkokkan lengan.

Meluruskan Lengan

  1. Otot triseps mengecut; otot biseps mengendur.
  2. Daya tarikan dipindahkan kepada ulna melalui tendon.
  3. Ulna ditarik ke bawah lalu meluruskan lengan.

Mekanisme Berjalan

  • Otot biseps femoris ialah otot fleksor; otot kuadriseps femoris ialah otot ekstensor.
  1. Otot betis kaki kanan mengecut supaya tumit diangkat; tapak kaki menolak ke bawah ke atas tanah.
  2. Otot biseps femoris mengecut serentak, membengkokkan kaki pada sendi lutut dan mengangkat kaki kanan.
  3. Apabila kaki kanan meninggalkan tanah, kaki kiri menyokong berat badan; otot kuadriseps femoris mengecut untuk meluruskan kaki.
  4. Otot tibialis mengecut untuk menurunkan tumit; apabila tumit kanan menyentuh tanah, berat badan dipindahkan kepada kaki kanan.
  5. Urutan diulangi oleh kaki kiri.

Mekanisme Gerak Alih dalam Haiwan

Ikan

  • Turus vertebra yang fleksibel digerakkan dari sisi ke sisi melalui pengecutan dan pengenduran otot miotom, iaitu segmen otot berbentuk W.
  • Otot miotom pada sisi bertentangan bertindak secara berantagonis: pengecutan pada satu sisi dan pengenduran pada sisi yang lain mengibas ekor ke arah sisi yang mengecut.
  • Gelombang pengecutan dan pengenduran secara berselang-seli di sepanjang otot miotom menggerakkan badan dari sisi ke sisi.
  • Badan menolak air ke belakang dan ke sisi lalu menggerakkan ikan ke hadapan.
  • Sirip mengawal pergerakan dan arah ikan.

Burung (Penerbangan)

  • Otot berantagonis yang besar dan kuat pada dada mengibaskan sayap.
  • Kibasan ke bawah: otot pektoralis major mengecut; otot pektoralis minor mengendur; sayap ditarik ke bawah.
  • Kibasan ke atas: otot pektoralis minor mengecut; otot pektoralis major mengendur; sayap ditarik ke atas.
  • Tekanan udara memberikan tujah ke atas.

Cacing Tanah

  • Pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan otot membujur secara berselang-seli menghasilkan gelombang peristalsis di sepanjang badan.
  1. Otot membujur posterior mengecut dan otot lingkar mengendur; cacing tanah menjadi pendek dan tebal.
  2. Keta di segmen posterior mencengkam tanah; keta di segmen anterior melepaskan cengkaman.
  3. Otot lingkar anterior mengecut dan otot membujur mengendur; cacing tanah menjadi panjang dan nipis, lalu segmen anterior memanjang ke hadapan.
  4. Keta di segmen anterior mencengkam tanah; keta di segmen posterior melepaskan cengkaman.
  5. Segmen posterior yang memendek ditarik ke hadapan.

Belalang (Melompat)

  • Otot fleksor dan otot ekstensor ialah otot berantagonis yang melekat pada permukaan dalam rangka luar.
  • Otot fleksor membengkokkan sendi; otot ekstensor meluruskannya.
  • Kaki belakang yang panjang dan berotot disesuaikan untuk melompat.
  1. Ketika rehat, otot fleksor mengecut dan menarik kaki belakang ke arah badan; kaki belakang dilipat dalam bentuk Z.
  2. Otot ekstensor mengecut dan meluruskan kaki belakang ke arah belakang.
  3. Kaki yang melurus menghasilkan lentingan yang menolak belalang ke hadapan dan ke udara.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!