WeAcademia

Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan

14.1 - Jenis Rangka

Keperluan Sistem Rangka dalam Haiwan dan Manusia

  • Sistem rangka memberi sokongan kepada manusia dan haiwan.
  • Manusia dan haiwan memerlukan sistem rangka supaya dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan dan pasangan, serta melarikan diri daripada pemangsa dan ancaman.
  • Kebanyakan organisma multisel memerlukan sokongan kerana mempunyai tisu badan yang lembut.

Tiga Jenis Rangka

Rangka Luar

  • Terdapat pada haiwan seperti serangga dan ketam.
  • Menyokong dan melindungi organ badan.
  • Membolehkan pergerakan.

Rangka Dalam

  • Terdapat pada manusia.
  • Mengekalkan bentuk badan.
  • Menyokong tisu badan yang lembut.
  • Melindungi organ dalaman daripada kecederaan.

Rangka Hidrostatik

  • Terdapat pada haiwan bertisu lembut seperti cacing tanah.
  • Mengekalkan bentuk badan tegar.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!