Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal
1.1 - Bidang Biologi dan Kerjaya
Apakah Biologi?
- Bios: kehidupan.
- Logos: kajian.
- Biologi: kajian terperinci tentang benda hidup dan persekitaran semula jadi.
- Biologi menerangkan struktur dan fungsi organisma serta hubungan dan interaksi antara organisma dengan alam sekitar.
Bidang Biologi
- Botani: kajian mengenai hidupan tumbuhan.
- Fisiologi: kajian mengenai fungsi dan mekanisme dalam organisma.
- Ekologi: kajian mengenai interaksi antara organisma dan persekitarannya.
- Genetik: kajian mengenai pewarisan dan variasi genetik.
- Mikrobiologi: kajian mengenai mikroorganisma.
Perkembangan Bidang Biologi
- Teknik percetakan bio tiga dimensi (3D) mencetak dan membentuk tisu tiruan serta membantu bidang kejuruteraan perubatan moden.
- Inovasi teknologi Malaysia menghasilkan perancah biologi daripada kulit kerang untuk kegunaan rawatan pergigian.
- Penyelidik daripada universiti dan institusi penyelidikan awam dan swasta menerajui inovasi teknologi di Malaysia.
Sumbangan Biologi dalam Kehidupan Harian
Bidang Perubatan
- Kaedah persenyawaan in vitro, perancangan keluarga, pembedahan plastik dan terapi gen.
Bidang Farmasi
- Pembuatan vitamin sintetik, vaksin, hormon insulin dan enzim sintetik.
Bidang Penghasilan Makanan
- Penggunaan mikroorganisma dalam pembuatan keju, kicap, tapai dan tempe.
Bidang Pertanian
- Tanaman dan haiwan transgenik.
- Teknologi hidroponik dan aeroponik.
Kerjaya dalam Biologi
- Ahli bioinformatik menggunakan teknologi maklumat dalam penghasilan ubat-ubatan.
- Ahli biologi hidupan liar mengkaji hidupan liar.
- Zoologi ialah bidang yang sesuai untuk mengkaji hidupan liar.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice