WeAcademia

Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam

4.1 Kelestarian Alam Sekitar

Konsep Teknologi Hijau

  • Kemajuan teknologi dan pembangunan secara holistik memudahkan serta mempercepat urusan manusia, tetapi turut menyebabkan pencemaran alam sekitar dan pengurangan sumber alam sekitar.
  • Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
  • Kepentingan Teknologi Hijau:
    • mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar;
    • mengurangkan pengeluaran karbon;
    • meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia; dan
    • menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh baharu.
  • Contoh: kenderaan tenaga solar mengurangkan penggunaan bahan api fosil; sumber tenaga boleh baharu digunakan untuk menjana tenaga.

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan

  • Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan dilancarkan pada Julai 2009.
  • Empat tonggak utamanya ialah:
    • Tenaga — mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga.
    • Alam sekitar — meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar.
    • Ekonomi — menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
    • Sosial — meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau

  • Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
  • Mengutamakan kecekapan tenaga melalui Teknologi Hijau:
    • meningkatkan penjimatan sumber tenaga;
    • mengukuhkan ekonomi negara dan mengurangkan pembaziran; dan
    • menukarkan sisa buangan kepada bentuk tenaga boleh baharu yang lebih bersih dan selamat.
  • Inisiatif di Malaysia:
    • label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik;
    • Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index, GBI);
    • kempen teknologi cekap tenaga;
    • kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar; dan
    • kempen kesedaran pengguna melalui amalan penjimatan tenaga.
  • GBI ialah sistem penarafan bagi bangunan berciri mesra alam. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya ialah masjid pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan ini.

Sektor dalam Teknologi Hijau

  • Teknologi Hijau dibahagikan kepada beberapa sektor supaya pelaksanaannya lebih berfokus.
SektorFokus
TenagaTenaga alternatif yang lebih bersih, bebas karbon dan dapat menggantikan bahan api fosil; contohnya hidroelektrik, solar dan angin.
Pertanian dan perhutananPengawalan kadar karbon dioksida di udara melalui pertanian dan perhutanan; penjagaan nutrien tanah dan penambahbaikan amalan penanaman.
PengangkutanPenambahbaikan prasarana pengangkutan yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam.
Pengurusan sisa dan air sisaMeminimumkan pembuangan sisa dan air sisa dengan mengolahnya menjadi bahan baharu seperti baja kompos.
BangunanBangunan Hijau yang menitikberatkan kualiti alam sekitar dan bangunan, bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap serta pengurusan sisa pepejal yang baik.
Perindustrian dan pembuatanProgram kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga untuk mengurangkan kesan rumah hijau, jerebu dan hujan asid.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)TMK hijau dalam pembuatan, reka bentuk, penggunaan dan pelupusan peralatan komputer; mengurangkan bahan berbahaya dengan bahan terbiodegradasi serta menjimatkan tenaga.
  • Bangunan Berlian, ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga, ialah contoh Bangunan Hijau.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!