WeAcademia

Sumber Pembiayaan Perniagaan

3.4 - Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan

Pembiayaan dalaman

  • Kekuatan — Dana boleh digunakan dengan cepat dan urusannya ringkas. Tiada kos faedah pinjaman.
  • Kelemahan — Modal bergantung pada jumlah dana sendiri dan sukar ditambah dalam masa singkat.

Pembiayaan luaran daripada bank atau institusi kewangan

  • Kekuatan — Jumlah pinjaman boleh dipadankan dengan keperluan semasa. Tempoh bayaran balik dan ansuran bulanan boleh disesuaikan dengan kemampuan peminjam.
  • Kelemahan — Pinjaman tertakluk pada syarat pembiaya. Peminjam mungkin perlu menyediakan penjamin dan cagaran berupa harta atau aset tetap serta menanggung faedah yang tinggi.

Pembiayaan luaran daripada agensi kerajaan

  • Kekuatan — Terdapat pembiayaan tanpa cagaran atau faedah. Amaun pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.
  • Kelemahan — Persaingan antara pemohon sengit dan kelulusan tertakluk pada terma serta syarat. Had pinjaman boleh menyebabkan perniagaan perlu memohon pinjaman lagi.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!