WeAcademia

Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia

3.1 - Jisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif

Jisim Atom Relatif, JAR

  • Jisim atom amat kecil. Oleh itu, ahli kimia membandingkan jisim atom dengan suatu piawai dan tidak menggunakan jisim sebenarnya.
  • Atom hidrogen pada mulanya dijadikan piawai kerana merupakan atom paling ringan. Pada tahun 1961, ahli kimia bersetuju menggunakan atom karbon-12 sebagai piawai.
  • Satu atom karbon-12 diberikan jisim tepat 12 unit. Maka, daripada jisim atom karbon-12 bersamaan satu unit.
  • Jisim atom relatif, JAR, sesuatu unsur ialah jisim purata satu atom unsur itu berbanding dengan daripada jisim satu atom karbon-12:
  • Contoh: JAR helium ialah 4. Ini bermaksud jisim purata satu atom helium ialah empat kali daripada jisim satu atom karbon-12.
  • JAR ialah nilai perbandingan, maka JAR tidak mempunyai unit.
  • Karbon-12 sesuai dijadikan piawai kerana:
    • berbentuk pepejal pada suhu bilik dan mudah dikendalikan;
    • mudah bergabung dengan unsur lain dan terdapat dalam banyak bahan;
    • merupakan isotop karbon utama dengan kelimpahan kira-kira 99%;
    • mempunyai jisim atom relatif tepat 12.0.

Jisim Molekul Relatif, JMR

  • Jisim molekul relatif, JMR, sesuatu bahan ialah jisim purata satu molekul bahan itu berbanding dengan daripada jisim satu atom karbon-12:
  • JMR dihitung dengan menjumlahkan JAR semua atom yang ditunjukkan dalam formula molekul:
  • Contoh:
    • Oksigen, : .
    • Air, : .
    • Glukosa, : .
  • Seperti JAR, JMR tidak mempunyai unit.

Jisim Formula Relatif, JFR

  • Bahan ion tidak terdiri daripada molekul diskrit. Jisim relatifnya dinamakan jisim formula relatif, JFR.
  • JFR dihitung dengan menjumlahkan JAR semua atom yang ditunjukkan oleh formula bahan ion. Jisim ion tidak banyak berbeza daripada jisim atom yang membentuk ion itu.
  • Contoh:
    • Zink klorida, : .
    • Aluminium sulfat, :
  • JFR juga ialah nilai perbandingan tanpa unit.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!