Pengangkutan dalam Tumbuhan
4.2 - Pengangkutan Air dan Garam Mineral
Keupayaan Air
- Air bergerak dari kawasan berkeupayaan air tinggi ke kawasan berkeupayaan air rendah secara osmosis.
- Ion mineral dipam secara aktif ke dalam vakuol sel rambut akar, menjadikan keupayaan air sap selnya lebih rendah daripada keupayaan air di dalam tanah.
- Air dari tanah meresap masuk ke dalam sel rambut akar dan sel epidermis akar secara osmosis.
- Air terus bergerak secara osmosis merentas korteks, endodermis dan perisikel ke dalam salur xilem akar.
Laluan Air dan Garam Mineral dari Tanah ke Xilem
- Rambut akar menyerap air ke dalam sistem akar.
- Air bergerak dari sel-sel akar ke xilem melalui laluan apoplas dan laluan simplas.
Laluan Apoplas
- Air bergerak melalui ruang antara gentian selulosa di dinding sel.
- Jalur Casparian pada dinding sel endodermis tidak telap air; air tidak dapat meneruskan pergerakan melalui laluan apoplas pada endodermis.
- Air merentasi endodermis melalui laluan simplas.
Laluan Simplas
- Air bergerak melalui sitoplasma dan plasmodesmata.
Mekanisme Pengangkutan Air dari Akar ke Daun
- Pergerakan air dan garam mineral dari tanah ke daun dibantu oleh tekanan akar, tindakan kapilari dan tarikan transpirasi.
Tekanan Akar
- Menggerakkan air dari tanah ke dalam salur xilem akar secara osmosis.
- Osmosis yang berlaku secara berterusan merentas korteks, endodermis dan perisikel mewujudkan tekanan akar.
- Tekanan akar menolak air ke dalam salur xilem akar dan seterusnya ke dalam salur xilem batang.
- Tekanan akar sahaja tidak dapat menggerakkan air ke daun dan pucuk tumbuhan yang tinggi.
Tindakan Kapilari
- Menggerakkan air ke atas di dalam batang melawan tarikan graviti.
- Daya lekitan wujud antara molekul air.
- Daya lekatan wujud antara molekul air dengan dinding xilem.
- Daya lekitan dan daya lekatan menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air secara berterusan di dalam salur xilem.
Tarikan Transpirasi
- Semasa transpirasi, air meresap sebagai wap air dari ruang antara sel ke persekitaran melalui stoma yang terbuka.
- Sel mesofil berspan kehilangan air dan mempunyai keupayaan air lebih rendah daripada sel berhampiran.
- Air bergerak dari sel berhampiran ke sel mesofil berspan secara osmosis.
- Pergerakan ini menghasilkan tarikan transpirasi yang menarik molekul air dari salur xilem daun ke luar daun.
Gutasi
- Gutasi ialah rembesan titisan air melalui struktur khas di bahagian hujung urat daun tanpa melibatkan stoma akibat tekanan akar yang tinggi.
- Gutasi berlaku apabila tekanan akar tinggi dan kadar transpirasi rendah, biasanya pada waktu malam dan awal pagi apabila kelembapan udara tinggi dan suhu persekitaran rendah.
- Tekanan akar menolak air ke bahagian daun dan pucuk tumbuhan.
Perbezaan antara Gutasi dan Transpirasi
| Gutasi | Transpirasi |
|---|---|
| Berlaku pada waktu malam dan awal pagi | Berlaku pada waktu siang yang panas dan berangin |
| Berlaku hanya dalam tumbuhan herba | Berlaku dalam semua tumbuhan |
| Membebaskan titisan air | Membebaskan wap air |
| Membebaskan air melalui struktur khas di hujung urat daun | Membebaskan air melalui stoma |
| Berlaku apabila tekanan akar tinggi | Dikawal oleh pembukaan dan penutupan stoma |
| Membebaskan air yang kaya dengan mineral | Membebaskan molekul air tulen sahaja |
- Kedua-duanya berlaku di bahagian daun dan melibatkan kehilangan air yang kekal dari tumbuhan.
Tumbuhan yang Tidak Menjalankan Gutasi atau Transpirasi
- Tanpa gutasi:
- tekanan akar yang efektif tidak dapat dikekalkan, lalu mengganggu penyerapan air oleh sel rambut akar dalam persekitaran berkelembapan relatif tinggi;
- bahan kumuh tumbuhan tidak dapat disingkirkan;
- tekanan di dalam urat daun meningkat dan boleh menyebabkan urat daun pecah, mendedahkan daun kepada jangkitan patogen dan menyebabkan daun gugur.
- Tanpa transpirasi:
- suhu optimum tumbuhan tidak dapat dikekalkan; kenaikan suhu boleh menyahaslikan enzim dan mengganggu fotosintesis serta respirasi;
- ion mineral seperti ion kalium tidak dapat diangkut dari akar ke daun untuk fotosintesis;
- pengangkutan air terganggu dan menyebabkan tumbuhan layu;
- tumbuhan boleh mati selepas jangka masa yang lama.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice