WeAcademia

Nutrisi dalam Tumbuhan

3.3 - Kepelbagaian dalam Nutrisi Tumbuhan

  • Nutrisi: proses organisma memperoleh tenaga dan nutrien daripada makanan untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu yang rosak.
  • Tumbuhan parasit, epifit dan karnivor mempunyai penyesuaian yang berbeza untuk mendapatkan nutrien.

Penyesuaian Nutrisi dalam Tumbuhan

Tumbuhan Parasit

  • Hidup menumpang pada tumbuhan lain, iaitu perumah.
  • Akar menyerap bahan organik, mineral dan air daripada perumah dengan menembusi batang sehingga ke berkas vaskular perumah.
  • Tumbuhan parasit membesar lebih cepat dan subur; perumah kekurangan nutrisi, mengering dan akhirnya mati.
  • Contoh: Rafflesia sp. (bunga pakma).

Tumbuhan Epifit

  • Tumbuhan hijau yang hidup pada tumbuhan lain, iaitu perumah.
  • Mendapat lebih banyak cahaya matahari untuk fotosintesis dengan menumpang pada perumah yang lebih tinggi.
  • Mensintesis makanan sendiri.
  • Tidak mengancam perumah; akar menyerap nutrien yang terkumpul di celah batang perumah.
  • Kebanyakannya mempunyai batang bengkak yang menyimpan banyak air.
  • Contoh: Asplenium nidus (paku pakis langsuir) dan Bulbophyllum sp. (orkid).

Tumbuhan Karnivor

  • Mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis.
  • Merembes nektar dan mempunyai kelongsong untuk memerangkap mangsa, iaitu serangga.
  • Mangsa dicernakan secara perlahan-lahan oleh jus pencernaan.
  • Serangga membekalkan nitrogen yang penting untuk pertumbuhan.
  • Hidup di kawasan tanah yang kekurangan sumber nitrogen.
  • Contoh: Nepenthes sp. (periuk kera) dan Dionaea muscipula (perangkap lalat Venus).

Kesan Perubahan Habitat

  • Bandingkan pertumbuhan pokok periuk kera, pokok dedalu dan paku pakis langsuir apabila setiap tumbuhan ditanam di dalam tanah serta menerima cahaya, air dan baja yang cukup.
  • Rekod pertumbuhan setiap minggu selama sebulan untuk menentukan tumbuhan yang dapat menyesuaikan diri terhadap perubahan habitat.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!