WeAcademia

Nutrisi dalam Tumbuhan

3.2 - Organ Pengambilan Air dan Garam Mineral

  • Akar biasanya tumbuh di bawah permukaan tanah ke arah pusat bumi dan kawasan berair.
  • Fungsi utama akar:
    • Memberi sokongan dan kekuatan serta mengukuhkan kedudukan tumbuhan pada tanah.
    • Menyerap air dan garam mineral dari tanah dan mengangkutnya ke batang, kemudian ke daun.

Struktur Luar Akar

  • Pangkal akar: bahagian akar yang bersambung dengan pangkal batang tumbuhan.
  • Batang akar: akar utama tempat cabang akar tumbuh.
  • Cabang akar: cabang daripada batang akar.
  • Rambut akar:
    • Diadaptasi daripada sel epidermis akar.
    • Menambah jumlah luas permukaan akar untuk meningkatkan penyerapan air dan garam mineral.
  • Jidal akar:
    • Berada di hujung akar.
    • Melindungi akar daripada kerosakan semasa penembusan ke dalam tanah.
Akar utama dan akar sisi tumbuhan, dengan pembesaran yang menunjukkan rambut akar dan jidal akar.
Struktur akar dalam pengambilan air dan garam mineral

Penyesuaian Akar dalam Pengambilan Air dan Garam Mineral

Epidermis

  • Sel epidermis akar disusun rapat.
  • Dinding sel nipis dan membran sel telap terhadap air memudahkan pergerakan air di dalam akar.
  • Sesetengah sel epidermis membentuk rambut akar melalui pemanjangan lateral dinding luarnya.
  • Sel rambut akar tidak dilapisi kutikel supaya air dapat diserap.
  • Vakuol besar menyimpan air dan garam mineral supaya penyerapan air berlaku dengan cepat.

Korteks

  • Terletak di bawah lapisan epidermis.
  • Dinding sel nipis memudahkan pergerakan air di dalam akar.
  • Sel disusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas.
  • Sebahagian besar korteks terdiri daripada sel parenkima.

Endodermis

  • Lapisan pemisah antara korteks dengan silinder vaskular.
  • Sel tersusun rapat dan setebal satu lapisan.
  • Sebahagian besar dinding sel mengalami penebalan suberin atau lignin yang membentuk jalur Casparian.
  • Hanya membenarkan air dan garam mineral yang diserap daripada tanah memasuki silinder vaskular, bukan gelembung udara.

Silinder Vaskular

  • Teras akar yang terdiri daripada tisu xilem dan floem, dikelilingi tisu perisikel setebal satu sel.
  • Perisikel terlibat dalam pertumbuhan sekunder dan pembentukan cabang akar.
  • Xilem dan floem biasanya disusun dalam corak berbentuk bintang.
  • Xilem mengangkut air dan garam mineral.
  • Floem mengangkut bahan organik seperti sukrosa dan hormon tumbuhan.

Keratan Rentas Akar Monokot dan Eudikot

  • Kenal pasti rambut akar, epidermis, korteks, endodermis, perisikel, xilem dan floem pada keratan rentas akar.
  • Bandingkan akar monokot dengan akar eudikot dari segi korteks, endodermis, jalur Casparian serta susunan xilem dan floem.
Keratan rentas akar eudikot menunjukkan epidermis, korteks dan endodermis mengelilingi silinder vaskular dengan xilem di tengah dan floem di antaranya.
Struktur di dalam akar

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!