Respirasi Sel
7.2 - Respirasi Aerob
Konsep Respirasi Aerob
- Respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia.
- Oksigen mengoksidakan glukosa untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.
Glikolisis dan Pengoksidaan Piruvat
Glikolisis (dalam Sitoplasma)
- Respirasi aerob bermula dengan glikolisis, iaitu penguraian glukosa oleh enzim.
- Satu molekul glukosa diuraikan menjadi dua molekul piruvat.
Pengoksidaan Piruvat (dalam Mitokondrion)
- Piruvat dioksidakan melalui satu siri tindak balas di dalam mitokondrion.
- Karbon dioksida, air dan tenaga dihasilkan.
- Sebahagian besar tenaga digunakan untuk menghasilkan molekul adenosina trifosfat (ATP).
Persamaan Perkataan bagi Respirasi Aerob
Penghasilan ATP dan Kitar ATP-ADP
- ATP terhasil apabila kumpulan fosfat tak organik ditambahkan kepada adenosina difosfat (ADP).
- Molekul ATP mempunyai ikatan fosfat yang lemah.
- Apabila ikatan fosfat pada ATP diputuskan, tenaga yang terbebas dibekalkan kepada sel.
Eksperimen: Mengkaji Respirasi Aerob
- Pernyataan masalah: Adakah organisma hidup menjalankan respirasi aerob?
- Hipotesis: Organisma hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi aerob.
- Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran organisma hidup.
- Pemboleh ubah bergerak balas: Peningkatan aras cecair berwarna.
- Pemboleh ubah dimalarkan: Aras awal cecair berwarna.
- Sediakan dua tabung didih kedap udara yang mengandungi kapur soda di dalam kukus air. Letakkan seekor lipas di atas kasa dawai dalam tabung A; biarkan tabung B tanpa organisma.
- Sambungkan setiap tabung kepada tiub kapilari yang mengandungi cecair berwarna. Tandakan aras awal, biarkan selama satu jam, kemudian ukur aras akhir.
- Respirometer menganggar kadar respirasi organisma berdasarkan kadar penggunaan oksigen.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice