WeAcademia

Pembahagian Sel

6.4 - Isu Pembahagian Sel terhadap Kesihatan Manusia

Kesan Mitosis Tidak Normal (Kanser)

  • Sistem kawalan khas mengawal kitar sel pada fasa , , , dan .
  • Pembahagian sel yang tidak terkawal menyebabkan sel membahagi secara berterusan dan membentuk tumor.

Mitosis Tidak Terkawal dan Pembentukan Tumor

  • Tumor benigna: Tidak berbahaya dan boleh dibuang melalui pembedahan.
  • Tumor malignan: Kanser.

Punca Kanser

  • Faktor yang menyebabkan kanser:
    • Radiasi: Sinar-X, sinar gama, dan sinar ultraungu.
    • Bahan kimia: Tar dalam tembakau.
    • Karsinogen: Formaldehid dan benzena.
    • Faktor genetik, bakteria, dan virus.
  • Sel kanser merebak dan memusnahkan sel normal di sekitarnya, lalu mengganggu fungsi tisu.
  • Sel kanser merebak melalui salur limfa dan salur darah ke bahagian lain tubuh lalu membentuk tumor baharu.
  • Kanser yang tidak dikesan pada peringkat awal menyebabkan kerosakan organ dan akhirnya boleh membawa maut.

Kesan Meiosis Tidak Normal (Penyakit Genetik)

Tak Disjunksi

  • Kegagalan gentian gelendong semasa anafasa I atau anafasa II menyebabkan kromosom gagal berpisah: tak disjunksi.
  • Gamet mempunyai bilangan kromosom tidak normal: 22 atau 24 kromosom.
  • Persenyawaan antara gamet normal (23 kromosom) dengan gamet tidak normal (24 kromosom) menghasilkan zigot dengan 47 kromosom.

Sindrom Down (Trisomi 21)

  • Individu mempunyai 47 kromosom, termasuk satu kromosom tambahan pada set kromosom ke-21: trisomi 21.
  • Ciri-ciri: Pertumbuhan badan terbantut, kerencatan mental, mata sepet, dan lidah sedikit terjelir.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!